Thursday, March 6, 2014

PSIS : Closing Ceremony Archithesis 2014 ( Archithesis Day 3 )

5:47 PM 0 Comments
Assalamualaikum ..

Hai semua apa kabar okay kali ni nak cerita pasal program yang dah dijalankan oleh Unit Senibina di Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Seultan Idris Shah sabak Bernam Selangor ..

Anne akan la ceritakan sedikit lah cerita merangkumi semua la plus apa yang anne ingat and tahu ..

Okay ni program “Archithesis” nama dia , kalau tak silap ni kali ke Dua dah penganjuran ..

Archithesis ni sebenarnya bersempena dengan minggu pre-potfolio untuk subjek studio lah macam design ..

So setiap pelajar dari apa peringkat semester akan dianalisa hasil kerja sebab pre-potfolio ni macam pertengahan semester ala ala mid-term gitu katanya ..

Dalam nak menenangkan haati pelajar yang gundah gulana tu adalah juga diselitkan beberapa program yang menarik , kita enjoy ! Macam archilympic , architalk , archijunior , dinner , street art and closing ceremony ..

Okay nanti jemput lah ke entry yang lain untuk mengusha gambar but yes al maklum lah seniri punya muka mesti ada lahai lahai anne anne ..
Sorry lah bila banyak dah rasanya share dengan instagram ( Anneamtiyaj ) je tak cerita pun dekat blog ..

Program ni adalah dalm tiga hari begitu , setiap pelajar ada peranan masing masing , yang pastinya semua warga senibina psis terlibat dalam archithesis sebab semua ni hasil kami semua ..


Sania , Puan Hanim , Yana , Wani , Anne , Lia .. 
By the way , Yana and Lia ni Ex housemates anne , rezeki mereka dapat hostel kalau tak lebih kurang sebulan bulan pertama semester hari tu Lia and Yana yang jadi roomates ..

Jejaka di belakang , baju merah tu Lutfi , nampak kepala pulak Born , Akmal and hazman ..


Muka antara yang wujud lagi masa kita duk posing lepas program dah agak agak tamat ..
Kami semester lima ..


Yang depan sekali tu Encik Razak Ketua Program Unit Senibina , tudung oren tu Puan Hanim , yang kebaya hitam belakang kat stage tu Miss Maza lecturer design anne semester ni , yang bercermin mata tu sebelah Miss Maza tu Encik Hilmi lecture structure anne ..

Thanks buat semua para pensyarah unit senibina yang banyak membantu para pelajar dalam menjayakan segala bentuk program ..


Thanks to Wani snapkan pic koya koya ni lepas letih and mood nak berehat sekejap ..
Ni background agak ke pokok - pokokan lah sikit sebab kat rumah sewa anne ni segal jenis buah buahan ada , almaklumlah tanah yang subur ..
Alhamdulillah ..


Yang pic kat atas ni sekarang dia senior semester 6 , masa dia semester 5 dia dapatlah anugerah dekan plus pointer dia pun pointer tertinggi dalam sejarah senibina psis , menurut pensyarah .. 
Ni lah curi gambar sekeping TAHNIAH tau Azry..

Buat kawan kawan yang len yang tak dapat anugerah ni , tidak mengapa usaha tangga kejayaan ..
Apa yang tercipta adalah segalanya takdir ..
Jika kita sabar menunggu hujan , akan hadir kedinginan yang menemani ..
Percayalah jika sekarang kita merasakan tiada yang indah , suatu hari nanti berkat kesabaran dan doa kita Allah akan gantikan kesabaran kita dengan kemanisan kehidupan ..
Kita usaha lebih lagi okay , Insyaallah ..


Precious moment again and again , housemates ..

Okay lah semoga kami dapat menjalani hari ni Sabak Bernam ni dengan penuh kesyukuran ..
Segala yang indah jadikan kenangan dan yang pahit jadikan sempadan bagi terus mencari kemanisan ..

Doakan anne dengan kawan kwan berjaya tamat dengan sempurna ..

Insyaallah , terima kasih atas memori yang tercipta ..

With lots of love ..

Terima kasih korang sudi singgah dan baca blog anne yang tah apa apa je ..

Assalamualaikum , take care ..

PSIS : Archijunior 2014 ( Archithesis Day 2 )

5:06 PM 0 Comments
Assalamualaikum ..

Okay kali ni datang poli macam tiada kerja lain melainkan makan dekat cafe ..
Missunderstanding sebenarnya ..
Okay ingat ada presentation , rupanya tiada ..
Bersiap saja saja gamak nye ken ken ..
Apa pun yang berlaku kita kena enjoy sebab , setiap yang terjadi itulah takdirnya ..
Melayang lah duit prebet pergi balik ulang ulang alahai ..

Menurut kawan , Archijunior ni macam ada wakil adik adik sekolah jiran datang and abang abang poli ni ajar lah dierang guna Autocadd ke Sketchup ha macam tu ..

Petang tu dapat lagi info semua students semester lima kena dengar ceramah kat Dewan Syarahan DSU ..
Okay dengar jelah sebab agak penting ..
Dia cerita pasal cabaran dialam pekerjaan , interview and adalah sedikit pasal grooming , ha syok bukan ! 


Hikmah lagi ..


Hikmah dan Hikmah lagi ..


Ada sorang pensyarah ni dia bagi tahu yang sebenarnya sebelum ni dia salah orang , dalam class dia ingat si Hikmah ni Anne , katanya nama Hikmah tu macam kena dengan Anne..
Gelak je waktu tu sebab sweet sangat , kantoi masa dia panggil nama sorang sorang pelik kenapa anne tak angkat tangan rupanya Anne bukan Hikmah ..
Pun boleh ..


Sorry , kami terpaksa mengikut trend dan terpaksa selfie demi kenangan bersama ..
( Hikmah , Sania , Wani , Anne )

Okay lah ini sahaja , ada masa jumpa lagi okay ..
Bubye ..

Assalamualaikum ..
Thank you korang sudi singgah blog anne ni ..

PSIS : Archilympic 2014 ( Archithesis Day 2 )

4:49 PM 0 Comments
Assalamualaikum ..

Okay kali ni nak story pasal  Archilympic pulak ..

Aktiviti hari pertama budak lelaki yang uruskan sukaneka dimana kami semua pelajar setiap semester dibahagiakan kumpulan , campur lah dalam setiap group ada semua semester ..

Games yang dierang rancang agak complicated lah jugak antaranya , pijak plywood ramai ramai sorang pegang baldi air gerak dengan bawa air jangan tumpah boleh stay atas plywood je ..
Pahang dop ? Anne minta maaf suka main tipu sebab anne sepak je plywood tu jauh jauh ok nakal la sikit part yang itu sebab biar cepat sampai , suka suka je pun tahu dah kalah ..
Kedua , budak lelaki pulak gerak sambil duduk tangan pegang kaki and angkat punggung dah macam ulat gonggok tu , hahaha ..
Rasanya susah game tu sebab macam sakit kaki je macam letih alahai alahai ..
Ketiga , budak perempuan punya game susun batu bata alahai yang kaki pijak bata alih kehadapan tu ..

Ketiga tiga group anne kalah , tapi enjoy lah sebab teringat lagi muka and senyuman ahli kumpulan anne ..
Waktu tu lah baru nak rasa budak semester 6 ni enjoy gak , gila gila ..
Bila dengar dierang berborak lawak je kelakar pun ada ..

Alhamdulillah , semua berjalan lancar untuk hari pertama ..

Now giliran kami pula dihari yang kedua , thanks to semua kawan semester 5 yang saling bantu membantu untuk hari yang kedua ni ..
Aktiviti dia mudah , ala ala masterchef katanya .. 
Kami sediakan bahan lepas tu , group yang terlibat datang ambil bahan untuk plating ..
Big thanks buat Miss Ili sebab sediakan makanan ..


Wajah kesayangan hamba ..
( Wani , Hikmah , sania , Aina , Fara , Lia , Nana , Dila , Nia , Syira , Anne )


Housemates gua yang sentiasa havoc katanya ..
( Wani , Ima , Sania )


Thanks to Khairudin ..
Siap tolong editkan gambar ni semua mana yang agak teredit tu Din lah punya kerja :)

Haih , results plating student architecture sememangnya boleh dibanggakan sebab macam macam gaya ada , sekumpulan akan hias plate spagetti , buah and cake ..
Yang paling best bila selesai para pensyarah bagi markah , dierang boleh makan ..
Ada yang sanggup makan ada yang memang tak sanggup nak makan haha fikir sendiri ..


Diatas adalah para aweks DSB 5 ya semua ..


Wani lagi wani lagi Wani lagi ..


Zieya , Hawa , Anne , Wani , Sania ..


Thanks Ima , merialisasikan impian bergambar dengan benda ala gedabak besar ni atas pentas ..


Yahoo ! Nampak tak caption macam dah blank nak cerita apa ..


Sebelum pulang waktu tu ..
Sempat lah gak kami , terjumpa sorang abang senior ni apa lagi minta la tolong sekeping dua ..

Okay lah ini sahaja yang dapat dikongsikan , sampai jumpa lagi ..

Assalamualaikum ..
Take care !

PSIS : Architalk 2014 ( Archithesis Day 1 )

4:16 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ..

Hai korang wah rasanya dah lama kita tak bersua ken ken ..

Akhir ni anne agak sibuk lah juga menjalani hari sebagai seorang pelajar semester lima di politeknik ..
Alahai tapi entah lah rasanya semester lima ni macam banyak main lah jugak haiyo honeymoon setelah pulang berlatihan industri ..

Ni dah minggu ke dua belas , insyaallah akan tamat pada minggu ke enam belas ..

Doa doakan lah kami semua ni , haiyah bukan senang nak jadi student architecture ni tahu tak ..
Banyak cabaran dia , siapa yang pernah terlibat baru jalan separuh jalan terlintas orang tamat keakhirnya akan ada pendapat sendiri pasal senibina ni nama powernya architecture ..

Erm , ain berterima kasih sangat kat papa bila bagi semangat and ask ain untuk apply jurusan senibina masa kat kolej komuniti dulu and ain rasa kat kolej dulu best sangat lah sebab belajar basic things yang sememangnya ilmu yang sangat bermanfaat plus ada kawan kawan yang yang dah kerja siap ilmu dierang dapat tempat kerja tu sekarang kalah ain yang merangkak dok belajar nak habiskan diploma ni ..
Ingat lagi masa gi latihan industri mudanya waktu tu baru 19 tahun bayangkan dan dapat peluang practical haha terasa muda sangat waktu tu ..

Dear KKSB SPSian : Anne bangga dengan korang , haiyo bila lah kita dapat jumpa lagi ..
Hok aloh lari doh topic mu nih ..

Okay lah ni selingan gambar kami housemates koya koya masa architalk ..


Anne , sania and Wani ..

Okay apa yang best bila seorang Mr. Architect berbicara , rasa macam bangga je untuk dia sebab dia berjaya hadapi kesukaran semua , terasa lah sekejap berinspirasi ..
Kebetulan Mr. Ar tu anak kelahiran Sabak Bernam itu yang dia lagi semangat nak share ..
Thanks Mr. Ar ..


Ima , Anne and sania ..

Apa yang anne rasa ingat lah , Mr. Ar kata kalau kita nak berjaya kita kena berdamping dengan orang yang berjaya or jadikan orang yang berjaya itu inspirasi and batu loncatan semangat kita ..
Tiada yang mustahil dalam dunia ni , semua orang boleh berjaya jika dia rajin berusaha kejar cita cita dia ..
Buat apa sahaja dengan penuh rasa cinta okay !


Tengoklah muka kami semua masing masing bertungkus lumus semampu yang mampu siapkan kerja dan datang gak program ni kat DSU ..
Mengantuk je muka mata bagai hadapi and posing itu pasti ..
Biarlah sebagai kenang kenangan bersama katanya ..


Us , kami ini lah antara pelajar perempuan semester lima senibina yang rayuan asrama nya tidak berjaya , its okay lah ni pun dah bulan terakhir pun kami lalui susah senang bersama ..

Okay lah ini sahaja , wish us all the best okay ..
Thank you !

Assalamualaikum , take care korang ..