Wednesday, July 10, 2013

Putus Cinta – Ditinggalkan Dan Meninggalkan

Salam , pembaca blog yang setia terima kasih kerana sudi menyinggah , tatapan pembaca yang anne sediakan kali ni lebih serius .. Pasal percintaan , lebih kepada sebab musabab putus cinta katanya .. Ini semua hasil selidik dan pandangan anne sahaja .. Yang pasti anne percaya ramai yang ada pandangan masing masing , kalau nak share cerita boleh saja hantarkan email okay .. Harap semua sudi membaca setiap baris penulisan yang hentam keromo ni .. Buat peneman setia blog , selamat membaca !!
  


CEMBURU

Jika pasangan mu tidak gemar kerap dihubungi kamu tidak seharusnya melakukan itu .. Siapa tidak bosan jika setiap kali anda menghubunginya ataupun kamu dihubungi sekadar berborak kosong lagi lagi pasangan mu seorang yang berkerjaya .. Cuba membiasakan diri kamu dengan keadaannya .. Jika benar dia sedang sibuk percayalah pada sidia , mungkin kekerapan panggilanmu akan membuatkan pasangan mu terganggu ..
Hikmat pesanan ringkas seperti sms bbm wechat line whatsapp dan sebagainya sememangnya cara dan jalan termudah untuk menghubungkan anda dan pasangan .. Tetapi berilah sedikit masa pasangan mu berhubung dengan rakan lainnya juga kerana anda tidak tahu mungkin dia perlukan rakan untuk menceritakan masalah yang tidak mampu diceritakan pada anda .. Jika dia seorang yang gemarkan ber chating itu tidak mengapa , jika sebaliknya lama kelamaan dia akan menyuarakan hal yang sebenar .. Jadi sebelum meneruskan sesuatu ringankan mulut anda dengan soalan yang remeh seperti bertanya panggilan telefon atau sms yang menjadi pilihannya , adakah dia suka jika diganggu atau tidak ..


MENGUGUT

Adakalanya cara dengan ugutan ini akan membuahkan hasil ( bukan saya mengajar ) tetapi biarlah sekali sahaja jika benar .. Malang sekali jika kamu kerap memberikan ugutan terhadap pasangan mu , siapa tahu dia akan berlalu pergi dan mengehdahkan peras ugut mu kerana dia sudah lali dan tiada lagi kepercayaan buat mu .. Jika kamu adalah yang menerima ugutan maka sendirinya gangguan emosi itu turut berlaku kepada mu .. Antara perkara ugutan seperti membunuh diri , memandu laju , menelan pil , lari rumah dan sebagainya ..
Selaku insan yang matang dan beragama anda tidak selayaknya melakukan ugutan terhadap sesiapa .. Seorang pengugut anda akan dianggap kuno dan tidak berpelajaran kerana sifat keanakan anda yang tidak berfikir panjang .. Serupa drama swata dah eh drama pun tiada ..

PEMARAH / GARANG

Mengapa perlu menjadi seorang yang pemarah disaat suasana yang gembira .. Benda yang sememangnya salah kita boleh menegur tetapi biarlah dilandasan yang sebenarnya .. Jika anda berhadapan dengan pasangan yang pemarah , selagi anda bertahan dengan nya berlajarlah untuk mengerti jika tidak fikirkan lah berundur .. Ada juga tips dimana jika kita sedang marah sebaiknya kita cuba menenangkan diri sebelum berbincang .. Kita sudah tentu tidak gemar kepada orang yang menengking dan menghina hita jadi kita juga janganlah menengking dan menghina .. Setiap yang sukar pasti ada jalan penyelesaiannya , percayalah jangan marah marah ..

MENGONGKONG

Kongkongan adalah seperti menghalang persahabatan , jika pasangan anda mempunyai teman rapat yang mungkin sejak dibangku sekolah anda tidak seharusnya memustuskan atau memburukan sahabat pasangan mu , terima dengan hati terbuka kerana pasangan mu lebih lama mengenali sahabatnya .. kamu mempunyai hobi yang sekian lama anda lakukan , tetapi pabila munculnya si dia yang cuba menghalang tentu anda rasa terkongkong bukan .. Sanggupkah si dia membohogi mu kerana sikap mu yang suka mengongkong itu , ada masa bukan setiap perkara dia ingin anda kawal ..

MENGUNGKIT

Suka mengungkit , akan membuatkan pasangan merasakan si pasangan banyak menyusahkan si dia .. Mengungkit itu ada kala jika kena dengan tempatnya perlu tetapi jika setiap masa setiap hari mengungkit , alamatnya memanglah mendapat .. Jika anda dalam perhubungan tolak ansur itu perlu , saling bantu membantu itu adalah antara kasih sayng dang pengorbanan pasangan .. Pengorbanan lah yang akan membuatkan setiap individu tidak mampu membalas kerana besar nilainya ..
  
AKAUN / HAK ASASI

Pernahkah anda berhadapan dengan rakan yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap pasangan yang memaksa memberikan kata laluan .. Okay jika anda seorang yang tidak gemar pasangan mengetahui kata laluan anda beri tahu si dia dengan baik tetapi jika dia memaksa mu , anda harus memberanikan diri menegakan pendirian anda .. Jika anda dan pasangan masih dalam alam percintaan , anda sendiri tidak wajar memberikan kata laluan seperti kad bank dan apa perihal kewangan kerana mungkin ia menyelamatkan mu dari di tipu .. Pasangan seharunya percaya pada setia dan jangan cuba untuk mengawalnya dengan memaksa memberikan kata laluan laman sesawang sebagainya , jika dia enggan member ..

TEGURAN

Sebagai pasangan yang baik buat si dia , janganlah menyuarakan teguran di khalayak orang ramai kerana ia akan membuat pasangan mu kurang senang jadi suarakan secara persendirian dengan cara dan masa yang sesuai .. Jika kamu suka mengemaskini status di facebook twitter atau sebagainya elakan dengan menyindir pasangan anda dalam ayat terbuka tersebut .. Berlajar member teguran berasas dengan baik ..

KAKI PUKUL

Kaki pukul sebenarnya cukup membahayakan , bayangkan anda belum mempunyai ikatan yang sah si dia sudah berani memukul dan membuli mu , eh awas .. Dalam perkahwinan sendiri kita tidak dibenarkan memukul isteri apa lagi pasangan yang belum ber kahwin .. Sebagai mangsa si dia yang kaki pukul , kamu harus berani berkongsi masalah penderaan mu bersama keluarga dan rakan .. Jangan biarkan dia terus memperlakukan sedemian terhadap mu , jika berdiam habislah tubuh mu menjadi mangsa .. Bayangkan kamu yang cantik jelita sebelumnya menjadi selekeh kusut sebagainya setelah bersamanya , bertindak segera ..

CURANG

Surat kabar ke blog ke banyak memaparkan kisah curang kerana ia kerap berlaku dimasa kini .. Curang sebenarnya lebih kepada pasangan tidak setia .. Jika kesetiaan sudah pupus maka terdoronglah mengabaikan pasangan yang sedia ada .. Bagi mangsa terhadap perbuatan curang , bersabarlah kerana pasti aka nada pasangan yang baik untuk anda .. Jika anda seorang yang curang itu penipuan hati seenarnya , berlajarlah untuk setia okay ..

BERANGAN / BERCAKAP KOSONG

Apa yang cuba dimaksudkan adalah seperti pasangan anda gemar menjanjikan sesuatu pada masa hadapan tetapi anda sendiri boleh ihat tiada daya usaha yang dilakukan .. Sebagai pasangan mungkin anda akan merasa tertunggu tunggu bukan jadi kasihankan diri sendiri perlu jika dalam situasi berkenaan .. Sesungguhnya masa depan boleh dicorakan pada masa kini .. Terukan berusaha dan berdoa kemudian bertawakal .. Lebih baik tidak menjanjikan sesuatu tetap membuahkan hasil secara tiba tiba ..

KESIMPULAN


Sesungguhnya sebab untuk anda meninggalkan si dia ada macam macam seabab , hanya anda dan pasangan sahaja yang mengerti .. Sesungguhnya apa sahaja keputusan yang diambil perlulah dengan mendapat restu daripada ibu bapa kerana mereka yang melahirkan kita .. Bagi yang beragama islam jangan lupa istiqarah okay semoga kita di pilihan yang bijak .. Sebagai manusia biasa pasti anda inginkan yang tebaik untuk kehidupan , itu lumrah .. Pendapat dan pendirian masing masing .. Selamat maju jaya ..

Terima kasih sudi menyinggah di entry anne kali ini .. Sayang love love papa mama !

2 comments: