Salam
, pembaca blog yang setia terima kasih kerana sudi menyinggah , tatapan pembaca
yang anne sediakan kali ni lebih serius .. Pasal percintaan , lebih kepada
sebab musabab putus cinta katanya .. Ini semua hasil selidik dan pandangan anne
sahaja .. Yang pasti anne percaya ramai yang ada pandangan masing masing ,
kalau nak share cerita boleh saja hantarkan email okay .. Harap semua sudi
membaca setiap baris penulisan yang hentam keromo ni .. Buat peneman setia blog
, selamat membaca !!
CEMBURU
Jika
pasangan mu tidak gemar kerap dihubungi kamu tidak seharusnya melakukan itu ..
Siapa tidak bosan jika setiap kali anda menghubunginya ataupun kamu dihubungi
sekadar berborak kosong lagi lagi pasangan mu seorang yang berkerjaya .. Cuba
membiasakan diri kamu dengan keadaannya .. Jika benar dia sedang sibuk
percayalah pada sidia , mungkin kekerapan panggilanmu akan membuatkan pasangan
mu terganggu ..
Hikmat
pesanan ringkas seperti sms bbm wechat line whatsapp dan sebagainya sememangnya
cara dan jalan termudah untuk menghubungkan anda dan pasangan .. Tetapi berilah
sedikit masa pasangan mu berhubung dengan rakan lainnya juga kerana anda tidak
tahu mungkin dia perlukan rakan untuk menceritakan masalah yang tidak mampu diceritakan
pada anda .. Jika dia seorang yang gemarkan ber chating itu tidak mengapa ,
jika sebaliknya lama kelamaan dia akan menyuarakan hal yang sebenar .. Jadi
sebelum meneruskan sesuatu ringankan mulut anda dengan soalan yang remeh
seperti bertanya panggilan telefon atau sms yang menjadi pilihannya , adakah
dia suka jika diganggu atau tidak ..
MENGUGUT
Adakalanya
cara dengan ugutan ini akan membuahkan hasil ( bukan saya mengajar ) tetapi
biarlah sekali sahaja jika benar .. Malang sekali jika kamu kerap memberikan
ugutan terhadap pasangan mu , siapa tahu dia akan berlalu pergi dan
mengehdahkan peras ugut mu kerana dia sudah lali dan tiada lagi kepercayaan
buat mu .. Jika kamu adalah yang menerima ugutan maka sendirinya gangguan emosi
itu turut berlaku kepada mu .. Antara perkara ugutan seperti membunuh diri ,
memandu laju , menelan pil , lari rumah dan sebagainya ..
Selaku
insan yang matang dan beragama anda tidak selayaknya melakukan ugutan terhadap
sesiapa .. Seorang pengugut anda akan dianggap kuno dan tidak berpelajaran
kerana sifat keanakan anda yang tidak berfikir panjang .. Serupa drama swata
dah eh drama pun tiada ..
PEMARAH
/ GARANG
Mengapa
perlu menjadi seorang yang pemarah disaat suasana yang gembira .. Benda yang
sememangnya salah kita boleh menegur tetapi biarlah dilandasan yang sebenarnya
.. Jika anda berhadapan dengan pasangan yang pemarah , selagi anda bertahan
dengan nya berlajarlah untuk mengerti jika tidak fikirkan lah berundur .. Ada
juga tips dimana jika kita sedang marah sebaiknya kita cuba menenangkan diri
sebelum berbincang .. Kita sudah tentu tidak gemar kepada orang yang menengking
dan menghina hita jadi kita juga janganlah menengking dan menghina .. Setiap
yang sukar pasti ada jalan penyelesaiannya , percayalah jangan marah marah ..
MENGONGKONG
Kongkongan
adalah seperti menghalang persahabatan , jika pasangan anda mempunyai teman
rapat yang mungkin sejak dibangku sekolah anda tidak seharusnya memustuskan
atau memburukan sahabat pasangan mu , terima dengan hati terbuka kerana
pasangan mu lebih lama mengenali sahabatnya .. kamu mempunyai hobi yang sekian
lama anda lakukan , tetapi pabila munculnya si dia yang cuba menghalang tentu
anda rasa terkongkong bukan .. Sanggupkah si dia membohogi mu kerana sikap mu
yang suka mengongkong itu , ada masa bukan setiap perkara dia ingin anda kawal
..
MENGUNGKIT
Suka
mengungkit , akan membuatkan pasangan merasakan si pasangan banyak menyusahkan
si dia .. Mengungkit itu ada kala jika kena dengan tempatnya perlu tetapi jika
setiap masa setiap hari mengungkit , alamatnya memanglah mendapat .. Jika anda
dalam perhubungan tolak ansur itu perlu , saling bantu membantu itu adalah
antara kasih sayng dang pengorbanan pasangan .. Pengorbanan lah yang akan
membuatkan setiap individu tidak mampu membalas kerana besar nilainya ..
AKAUN
/ HAK ASASI
Pernahkah
anda berhadapan dengan rakan yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap
pasangan yang memaksa memberikan kata laluan .. Okay jika anda seorang yang
tidak gemar pasangan mengetahui kata laluan anda beri tahu si dia dengan baik
tetapi jika dia memaksa mu , anda harus memberanikan diri menegakan pendirian
anda .. Jika anda dan pasangan masih dalam alam percintaan , anda sendiri tidak
wajar memberikan kata laluan seperti kad bank dan apa perihal kewangan kerana
mungkin ia menyelamatkan mu dari di tipu .. Pasangan seharunya percaya pada
setia dan jangan cuba untuk mengawalnya dengan memaksa memberikan kata laluan
laman sesawang sebagainya , jika dia enggan member ..
TEGURAN
Sebagai
pasangan yang baik buat si dia , janganlah menyuarakan teguran di khalayak
orang ramai kerana ia akan membuat pasangan mu kurang senang jadi suarakan
secara persendirian dengan cara dan masa yang sesuai .. Jika kamu suka
mengemaskini status di facebook twitter atau sebagainya elakan dengan menyindir
pasangan anda dalam ayat terbuka tersebut .. Berlajar member teguran berasas
dengan baik ..
KAKI
PUKUL
Kaki
pukul sebenarnya cukup membahayakan , bayangkan anda belum mempunyai ikatan
yang sah si dia sudah berani memukul dan membuli mu , eh awas .. Dalam
perkahwinan sendiri kita tidak dibenarkan memukul isteri apa lagi pasangan yang
belum ber kahwin .. Sebagai mangsa si dia yang kaki pukul , kamu harus berani
berkongsi masalah penderaan mu bersama keluarga dan rakan .. Jangan biarkan dia
terus memperlakukan sedemian terhadap mu , jika berdiam habislah tubuh mu
menjadi mangsa .. Bayangkan kamu yang cantik jelita sebelumnya menjadi selekeh
kusut sebagainya setelah bersamanya , bertindak segera ..
CURANG
Surat
kabar ke blog ke banyak memaparkan kisah curang kerana ia kerap berlaku dimasa
kini .. Curang sebenarnya lebih kepada pasangan tidak setia .. Jika kesetiaan
sudah pupus maka terdoronglah mengabaikan pasangan yang sedia ada .. Bagi
mangsa terhadap perbuatan curang , bersabarlah kerana pasti aka nada pasangan
yang baik untuk anda .. Jika anda seorang yang curang itu penipuan hati
seenarnya , berlajarlah untuk setia okay ..
BERANGAN
/ BERCAKAP KOSONG
Apa
yang cuba dimaksudkan adalah seperti pasangan anda gemar menjanjikan sesuatu
pada masa hadapan tetapi anda sendiri boleh ihat tiada daya usaha yang
dilakukan .. Sebagai pasangan mungkin anda akan merasa tertunggu tunggu bukan
jadi kasihankan diri sendiri perlu jika dalam situasi berkenaan .. Sesungguhnya
masa depan boleh dicorakan pada masa kini .. Terukan berusaha dan berdoa
kemudian bertawakal .. Lebih baik tidak menjanjikan sesuatu tetap membuahkan
hasil secara tiba tiba ..
KESIMPULAN
Sesungguhnya sebab untuk anda meninggalkan si dia ada
macam macam seabab , hanya anda dan pasangan sahaja yang mengerti ..
Sesungguhnya apa sahaja keputusan yang diambil perlulah dengan mendapat restu
daripada ibu bapa kerana mereka yang melahirkan kita .. Bagi yang beragama
islam jangan lupa istiqarah okay semoga kita di pilihan yang bijak .. Sebagai
manusia biasa pasti anda inginkan yang tebaik untuk kehidupan , itu lumrah ..
Pendapat dan pendirian masing masing .. Selamat maju jaya ..
Terima kasih sudi menyinggah di entry anne kali ini ..
Sayang love love papa mama !