Tuesday, April 9, 2013

Majlis Perkahwinan - Resepsi Hayati Amtiyaj & Hafiz - Damansara

Assalammualaikum semua !

So entry kali ni nak story sesikit pasal kesibukan kami sekeluarga nak set up kakak punya wedding day belah kami !
Zaaas jom terjah ( sewaktu ini kepala tengah berdenyut kesakitan ! , semoga anne sepat sembuh amin )
Sebelum ni ada entry pasal kakak bertunang ken ken , so kali ni pasal pernikahan dan resepsi lah pula ..
Memandangkan ni pertama kali anak perempuan Amtiyaj dan Salmiah , so agak rumit juga sebab perempuan tu dan ini lah en .. Tak pe majls semua dah berjalan alhamdulillah ..


Kalau nak tahu , cerita gambar atas ni .. Hehehe ni lah muka gembira dapat kakak ipar ..
Kami bertiga baru balik from wedding Abang long and Kak Intan , buat dekat Restoran Idaman Corner Damansara , bila Pakcik Asri Offer je kami excited lah join ..
Muka kami adik beradik tayang sekampung macam " DIVA !! " huhuu ..
Malangnya bukan jauh pun dekat je , see dah sampai rumah lah , seriously dekat sangat , yang penting merasa ..


Ni muka kami vacation at PD , halamak sakai makai serabot je ..
Its okay itu memang anne !!
Pinjam angry bird anak buah si Balqis and Adam ( nak jugak , nampak tak ) ..


Okay , rasanya ni masa wedding anak buah Pakcik Asri kat Dewan Perdana Felda KL , cerita pasal baju biasa lah our baju kakak yang design and corak kain tu from nenek hadiah 19th birthday :)


So ini kenangan terindah sebenarnya , supporter yang teman ke Bengkel Hijab Sunsilk bersam Scarflets :)
So habis dah la serba sedikit cerita pasal kenangan dengan kakak tercinta sorang ni ..


MAJLIS PERNIKAHAN - 2 Februari 2013 ..

Happy 13th Birthday adik ku satunya , Nur Atikah Binti Amtiyaj Ahmad .. 
Majlis kebetulan kena pada tarikh birthday si adik ni pulak ..

Okay , nikah dekat rumah sahaja senang .. 
" Sekali Lafaz " sahaja abang hafiz sah bergelar suami kepada kakak , sumpah sedih weh gembira sebenarnya , masa menaip ni bergelinang air mata , wakakkakaa ..

Make Up : Nurul Juliana ( akak ipar )
Busana : Hayati Amtiyaj ( Pengantin Perempuan )
Bunga Tangan : Anne Amtiyaj 


Hehe , i love kakak punya mini pelamin use for nikah sebab macam sweet sweet gitu !
Sorry la lambat post but dekat instagram ada dah pun - @anneamtiyaj ..
Kami adik beradik yang semua berbaju ungu ..
Kakak u nampak comel sangat on that day , woot woot ..
Kain aju pengantin tu from Jackel , beribu riban weewit !


MALAM BERINAI - Gambar kat atas ni ..
 Baju songket duyung kalau boleh nampak full , so semua majlis kakak bertema kan gold silver .. 
Majlis malam start lambat sikit sebenarnya .. 
Ada masalah teknikal but yes semua masih berjalan seperti biasa ..
Sebelum berinai kami ada mengadakan majlis tahlil dan kenduri kesyukuran , orang masjid datang mengaji dan adalah makan makan sikit ..
Selepas tu ada la letupan bunga api di udara yang cantik cantik macam tahun baru , majlis disulami bunga api berdendam dentum ..


MALAM BOLYWOOD - Selepas kakak ayu ayu pakai songket dia tukak pakai lenga merah and abang hafiz putih , yes best bila kami adik beradik and saudara mara sepupu papat pun turut bersama pakai baju ikut tema bolywood !
Thank you mama sediakan kami adik beradik new outfit yang mengelit ni ..
Sebenarnya memang ada darah mengalir yang kena dengan tema ni , malam tu lagu yang DJ pasang pun Hindustan saja , layan layan ..


MAJLIS RESEPSI - 3 Februari 2013 ..
See tema apa GOLD - SILVER , again thank you mom thank you sis !
Pada hari kejadian anne sangat sibuk sebenarnya .. 
Okay ,  anne jemput ramai kawan tapi ni lah tetamu anne mana yang datang , ayin datang bawa family , hum hum .. Nampak tak ada photobooth anne deco kat belakang tu !


Kompang : Ezhar Damansara ..


Songket kuning sepasang A - Z semua kakak designed by her self !
Majlis macam kenduri melayu biasa lah ada silat , makan makan , sama sama je :)

Busana : Hayati Amtiyaj
Bunga Tangan : Anne Amtiyaj
Make Up : Nurul Juliana
Pelamin : Cik Ara Saujana Utama
Catering : Mutiara Services Catering


Pengantin lama pun nak juga , ok sebenarnya anne jelly sebab anne sibuk tak bergambar atas pelamin pun dengan kakak , yelah kak yelah korang !


Okay my abang long and kak long yang replace kerusi kat meja beradap , sepatutnya papa mama , tapi we bagi penghormatan dekat abang first ni ha , anak dia kemana tah huk huk ..


Siang pasang bunga api besar tak nampak , so bunga api bising pun jadi lah ..
Mercun papan , panjang terbaik punya !


Rombongan sebelah lelaki , see ramai orang ..


Instagram :)
So ni lah , si pengantin di pelamin pagola berhiasan bunga bungaan nya ..
Thank you pengapit Zhafry and Marina sanggup jaga pengatin, orang cakap siapa jadi pengapit dia laku nanti huhu bersedialah korang ..

Saudara mara , Kompang , Rela , PA system , Photographer , Catering , Tetamu semua semua lah thank you thank you thank you !
So ini lah serba sedikit ya , thank you kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung !

No comments:

Post a Comment