Saturday, October 26, 2013

Modelling : The Tudung collections

4:47 PM 1 Comments
Entry kali ni nak cerita pasal butik online ni ha , so jom lah kita sesame membaca okay ..



Assalammualaikum , hai salam Sabtu semua ..


Hari tu lah , syukur Alhamdulillah dapat lah job partime sikit biasalah dok peragakan tudung ..

Shawl and inner neck ..

Kira dapat jadi model gitu , aauuch hahaha !

Wardrobe : The Tudung
Make Up : Zara Zakariah
Photographer : In Love by Fareez Photography
Location : The Scope Studio



Best tau pakai shawl yang dijual ni sebab semua pun wide shawl , besar lah nak bual style ape pun boleh , besar la bidang dia ..



Inner neck yang ni labuh , ha so yang ala ala stailista ke hijabista , boleh la beli sebab macam macam style boleh buat bile dah ada inner neck yang labuh ni you alls !


Ada koleksi yang akan datang , nanti korang usha okay ..
so kalau nak beli boleh la singgah kat facebook/thetudung okay !

cc : https://www.facebook.com/thetudung
Kay lah ini sahaja , bubye ..
Thank you ..


Friday, October 25, 2013

Moslema In Style 2013 - Fashion Show Event

2:03 PM 0 Comments
Salam , hai guys! 
Kali ada la cerita sikit nak review pasal fashion show Moslema In Style ..

Thanks kak emy sebab jemput anne untuk photoshoot look book kat Snappix Studio 5 Oktober 2013 Sabtu lepas kui kui punya lah berkurun ..
Tahu lah , ape pun sorry korang baru nak cerita ..

Kalau korang nak join tengok peraagaan fesyen muslimah hasil pereka Malaysia , boleh lah beli tiket dekat organizer tau !

web : http://www.moslemainstyle.com/v3/
facebook : https://www.facebook.com/MoslemaInStyle


Cepat sebelum tiket habis , sebab fashion show next week ..

Ups ! nak cerita lebih pun tak dapat la sebab agak private and confidential ..


Kalau korang datang masa fashion show berbayar ni tak rugi sebab dapat tengok fashion show sesame wanita je tau !

Dapat jumpe artis Malaysia , pengacara tv terkenal , blogger , models dan orang orang kuat dalam industri fesyen muslimah tanah air , kalau ada rezeki korang nanti dapat la snap snap gambar masuk instagram ..



Moslema In Style 2013 Fashion Show (HANYA UNTUK WANITA SAHAJA)

Tarikh : 2 November 2012 (Sabtu)
Masa : 2.30 hingga 6.00 petang
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur 

Muslimah Fashion Runway | Hijabers Celebrity | After Show Hi-Tea | Shopping | Promo Booth | Red Carpet Moment | Community Gathering | Live Perfomance

Dapatkan tiket secara online di www.moslemainstyle.com/ticket

Front Row Pass : (SOLD OUT)
Normal Pass : RM80
Student Pass : RM65 (Fast Selling)

Untuk Tiket Berkumpulan , Sila hubungi Rizman 011-26611187


So ape lagi korang , cepat beli tiket ..

Sebenarnya ni Moslema In Style 2 tau , tahun lepas dah ada best gilaks ok ..

Yang tak pernah tengok private fashion show , ini lah masa nya nak join tengok ..

Okay lah jumpe next entry tau ..
Salam sayang , anne amtiyaj !
Thank you ..



Tuesday, October 1, 2013

Modelling : Asylla Collections

1:58 PM 0 Comments

Assalammualaikum dan slam sejahtera ..

Kali ni cerita lapok la juga tapi tidak mengapa masih lagi ingin bekarja , korang minta maaf lah sebab baru nak ada masa baru nak sempat updated kata nya ..

Ni cerita 25 Ogos 2013 ya ..


Kalau gambar macam biasa la dah ada la kat facebook twitter instagram , jemput singgah sana juga lepas ni yang kalau nak lah ken ken ..

Kali ni dapat bekerja sama lagi dengan Kak asylla designer Asylla Collections : https://www.facebook.com/asylla.haris yang sememangnya baik hati orang nya dan TAHNIAH dapat baby baru yang comel  #naurahilda ya comel macam akak .. 

Cerita dia macam ni , anne rasa anne da lama tak buat outdoor lah ken ..
Kali ni dapat pengalaman baru , kali ni area Putrajaya lah ..
Banyal lalang situ dah shok luka luka tangan tahu but yeah its fun !
Vintage style peh teruja ..

thanks abang asrixs ! adventure sangat tempat tu untuk kasut 5 inci anne wakkakaaaka but suka gambar dia sesangat awesome ..

thanks sis emel buat muka anne bagi cun huhu kalau tidak entah ape pun tak boleh ..

Sekarang ni kalau nak shopping selain datang ke butik Asylla korang still boleh beli online di link diatas mudah je cara pembelian , insyaallah sampai :)




Okay la gambar ada macam macam lagi dekat asylla,com boleh terus singgah sana dan menge shopping tau !

Okay thank you so much pembaca yang setia kalau ada ..

Bubye bubye love xoxo ..

Modelling : Color Blast Closet

1:34 PM 0 Comments

Assalamualaikum ..

Ni cerita dia pada 8 September lah , anne dapat la kerja sikit ..
Kali ni dengan Color Blast Closet ..

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar , kali ni anne dapat bekerja sama dengan ..

Nak tahu siapa yang mencantikkan anne kali ni , almaklum lah kalau tak make up tak la comel ini , peh comel kah , tepuk dada tanya selera ..

Walaupun dah agak kebasian cerita ni tapi anne tetap nak share , promote la sikit hasil kerja kawan kawan kata nya ..













Korang kalau nak shopping terus ke facebook kay , Color Blast Closet yang turut menjual kain kain ela ..

Okay lah ini sahaja , terima kasih masih setia menjenguk blog anne ..
With LOVE , anne amtiyaj !

Thursday, September 5, 2013

Latihan Industri PSIS - Sudah Di Pantau

1:57 PM 3 Comments
Assalamualaikum salam sejahtera ..

Okay dibawah ayat copy paste instagram , haha !

Alhamdulillah muka bahagia lepas pensyarah dah datang pantau tempat practical .. 
Hari yang #indah walaupun pagi tadi lenjun kehujanan lebat menjadi mangsa banjir nak berjalan dari rumah ke tempat taxi .. 
Teringat zaman sekolah bawa payung simpan kasut dalam beg .. 
Huhu =) #happy #life #love #Malaysia =)


Okay terima kasih banyak banyak Encik Ishamuddin Bin Ishak selaku Pensyarah Kanan ..
Jabatan Kejuteraan Awam dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam Selangor ..
Sebab sudi datang membuat pantauan di firma saya menjalani latihan industri ..
Walaupun saya student Politeknik Sultan Idris Shah , Sabak Bernam Selangor ..

Happy dan happy sangat , rasa tenang sikit lah ..

Syukur ke hadrat ilahi semua berjalan lancar ..
Enjoy sekejap je sebab nak menghadap report bertaip dan bertulis lagi , masa ada lagi dua bulan je ..

Apa pun wish me good luck ..
 Thank you kepada kengkawan yang ada wish good luck kat twitter pagi pagi buta tu ken ken ..

Much love , anne amtiyaj ..
Assalamualaikum ..

Wednesday, September 4, 2013

Selamat Hari Raya 2013 !

1:54 PM 0 Comments
Assalamualaikum semua , hai hi ..

Rasanya dah lama anne nak merapu cakap dalam pemikiran lahai lahai seh , tak de pulak masa yang sepat nak blog bagai ..

Cerita la sesikit ya ..

10 Julai 2013 : 
Happy birthday kawan kolej dulu si Shahazrin nama dia ..
I doakan semoga u panjang umur dan dimurahkan rezeki .. 
Ceria ceria selalu !
Tahniah baru lepas konvokesyen ..


11 Julai 2013 : 
Papa oh Papa , Happy birthday tau papa yang seusia dengan kemerdekaan negara gitu , semoga papa baik selalu sihat sejahtera kuat .. 
Sayang papa dan terus menjadi seorang yang loving ..


Sepanjang bulan puasa kat office apa boleh buat la ken , hadapi dengan tenang alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan hendakNya ..

20 Julai 2013 :

Sesuatu perkara yang diluar jangkaan dimana nak tahu ke , anne dapat balik jumpa kawan masa sekolah dulu classmate PKA3 pengajian Kejuruteraan Awam kat SM Teknik Setapak KL gitu ..


Jumpa untuk majlis iftar pulak , walaupun sekejap je jumpa tapi still menjadi kenangan indah mana tak nya lama kot tak jumpa , ampat tahun .. 
Lama tak lama la hahhaa .. 
Makan kat Subang , ape tu Ireland BBQ Steamboat .. 
Yang best budak lelaki masak haha ..


 Thank you bagi card untuk kiterang yang sangat comel tuh ..


 Ni acap yang orang selalu nak cari pasal , walah tapi hati dia baik la just awat di twitter di peh memang macam nak cari pasal haha ..
Rasa malas nak reply tweet dia pun ada kay ..


The ladies , belakang Sue Intan and Qina ..
Depan Ekin , Aini , Me , Teyha and bff teyha kat poli ..

26 Julai 2013 : Cuti sempena nuzul al quran , lepaking rasanya ..

Walaupun ..
Anne tak ber bloging tapi anne aktif la gak kat twitter ke facebook tu usha je blog orang lain just sendiri punya je agak terbengkalai sikit , anne sibuk dengan jaduah berbuka jadual raya bagai katanya hehe .. Bulan puasa ni takde pun modelling ke apa sebab modelling mesti lah sebelum puasa time puasa orang sibuk menjual dah pun barang tu .. 
So rilex je kalau free shopping dengan family ..
nak cerita lagi , rasa nya sekarang tengah focus twitter dan instagram kot sebab dah macam tak reti nak post kat facebook lahai lahai , entah la kalau nak update kat facebook pun mesti yang ada motif penting ha macam tu katanya ..
lagi satu belajar benda baru lahai dah berani upload video kat keek , rasa diri tah pape pulak haha padahal kat youtube macam la takde video , faktor umur mungkin , ceh bajet matang ..

So nak cerita pasal raya , harap belum terlambat mana tak nya Malaysia raya sebulan katanya hehe .. 
Disepanjang penulisan ni kalau kalau ada terkasar bahasa ..
Anne nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ..
Sorry kekadang main lepas je tak tahu ada yang terasa hati ke ..
Semoga raya tahun ni paling bermakna okay ..
Kalau nak tahu raya tahun ni anne tak beli kasut raya pun , baju raya boleh tahan banyak kot hehe ada baju raya sponsor gak shok uh jangan jealous !

Instagram banyak gambar : http://instagram.com/anneamtiyaj

Okay nanti sambung , thanks sudi baca .. Selamat Hari Raya kawan kawan ..



Monday, September 2, 2013

Wednesday, July 10, 2013

Putus Cinta – Ditinggalkan Dan Meninggalkan

1:47 PM 2 Comments
Salam , pembaca blog yang setia terima kasih kerana sudi menyinggah , tatapan pembaca yang anne sediakan kali ni lebih serius .. Pasal percintaan , lebih kepada sebab musabab putus cinta katanya .. Ini semua hasil selidik dan pandangan anne sahaja .. Yang pasti anne percaya ramai yang ada pandangan masing masing , kalau nak share cerita boleh saja hantarkan email okay .. Harap semua sudi membaca setiap baris penulisan yang hentam keromo ni .. Buat peneman setia blog , selamat membaca !!
  


CEMBURU

Jika pasangan mu tidak gemar kerap dihubungi kamu tidak seharusnya melakukan itu .. Siapa tidak bosan jika setiap kali anda menghubunginya ataupun kamu dihubungi sekadar berborak kosong lagi lagi pasangan mu seorang yang berkerjaya .. Cuba membiasakan diri kamu dengan keadaannya .. Jika benar dia sedang sibuk percayalah pada sidia , mungkin kekerapan panggilanmu akan membuatkan pasangan mu terganggu ..
Hikmat pesanan ringkas seperti sms bbm wechat line whatsapp dan sebagainya sememangnya cara dan jalan termudah untuk menghubungkan anda dan pasangan .. Tetapi berilah sedikit masa pasangan mu berhubung dengan rakan lainnya juga kerana anda tidak tahu mungkin dia perlukan rakan untuk menceritakan masalah yang tidak mampu diceritakan pada anda .. Jika dia seorang yang gemarkan ber chating itu tidak mengapa , jika sebaliknya lama kelamaan dia akan menyuarakan hal yang sebenar .. Jadi sebelum meneruskan sesuatu ringankan mulut anda dengan soalan yang remeh seperti bertanya panggilan telefon atau sms yang menjadi pilihannya , adakah dia suka jika diganggu atau tidak ..


MENGUGUT

Adakalanya cara dengan ugutan ini akan membuahkan hasil ( bukan saya mengajar ) tetapi biarlah sekali sahaja jika benar .. Malang sekali jika kamu kerap memberikan ugutan terhadap pasangan mu , siapa tahu dia akan berlalu pergi dan mengehdahkan peras ugut mu kerana dia sudah lali dan tiada lagi kepercayaan buat mu .. Jika kamu adalah yang menerima ugutan maka sendirinya gangguan emosi itu turut berlaku kepada mu .. Antara perkara ugutan seperti membunuh diri , memandu laju , menelan pil , lari rumah dan sebagainya ..
Selaku insan yang matang dan beragama anda tidak selayaknya melakukan ugutan terhadap sesiapa .. Seorang pengugut anda akan dianggap kuno dan tidak berpelajaran kerana sifat keanakan anda yang tidak berfikir panjang .. Serupa drama swata dah eh drama pun tiada ..

PEMARAH / GARANG

Mengapa perlu menjadi seorang yang pemarah disaat suasana yang gembira .. Benda yang sememangnya salah kita boleh menegur tetapi biarlah dilandasan yang sebenarnya .. Jika anda berhadapan dengan pasangan yang pemarah , selagi anda bertahan dengan nya berlajarlah untuk mengerti jika tidak fikirkan lah berundur .. Ada juga tips dimana jika kita sedang marah sebaiknya kita cuba menenangkan diri sebelum berbincang .. Kita sudah tentu tidak gemar kepada orang yang menengking dan menghina hita jadi kita juga janganlah menengking dan menghina .. Setiap yang sukar pasti ada jalan penyelesaiannya , percayalah jangan marah marah ..

MENGONGKONG

Kongkongan adalah seperti menghalang persahabatan , jika pasangan anda mempunyai teman rapat yang mungkin sejak dibangku sekolah anda tidak seharusnya memustuskan atau memburukan sahabat pasangan mu , terima dengan hati terbuka kerana pasangan mu lebih lama mengenali sahabatnya .. kamu mempunyai hobi yang sekian lama anda lakukan , tetapi pabila munculnya si dia yang cuba menghalang tentu anda rasa terkongkong bukan .. Sanggupkah si dia membohogi mu kerana sikap mu yang suka mengongkong itu , ada masa bukan setiap perkara dia ingin anda kawal ..

MENGUNGKIT

Suka mengungkit , akan membuatkan pasangan merasakan si pasangan banyak menyusahkan si dia .. Mengungkit itu ada kala jika kena dengan tempatnya perlu tetapi jika setiap masa setiap hari mengungkit , alamatnya memanglah mendapat .. Jika anda dalam perhubungan tolak ansur itu perlu , saling bantu membantu itu adalah antara kasih sayng dang pengorbanan pasangan .. Pengorbanan lah yang akan membuatkan setiap individu tidak mampu membalas kerana besar nilainya ..
  
AKAUN / HAK ASASI

Pernahkah anda berhadapan dengan rakan yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap pasangan yang memaksa memberikan kata laluan .. Okay jika anda seorang yang tidak gemar pasangan mengetahui kata laluan anda beri tahu si dia dengan baik tetapi jika dia memaksa mu , anda harus memberanikan diri menegakan pendirian anda .. Jika anda dan pasangan masih dalam alam percintaan , anda sendiri tidak wajar memberikan kata laluan seperti kad bank dan apa perihal kewangan kerana mungkin ia menyelamatkan mu dari di tipu .. Pasangan seharunya percaya pada setia dan jangan cuba untuk mengawalnya dengan memaksa memberikan kata laluan laman sesawang sebagainya , jika dia enggan member ..

TEGURAN

Sebagai pasangan yang baik buat si dia , janganlah menyuarakan teguran di khalayak orang ramai kerana ia akan membuat pasangan mu kurang senang jadi suarakan secara persendirian dengan cara dan masa yang sesuai .. Jika kamu suka mengemaskini status di facebook twitter atau sebagainya elakan dengan menyindir pasangan anda dalam ayat terbuka tersebut .. Berlajar member teguran berasas dengan baik ..

KAKI PUKUL

Kaki pukul sebenarnya cukup membahayakan , bayangkan anda belum mempunyai ikatan yang sah si dia sudah berani memukul dan membuli mu , eh awas .. Dalam perkahwinan sendiri kita tidak dibenarkan memukul isteri apa lagi pasangan yang belum ber kahwin .. Sebagai mangsa si dia yang kaki pukul , kamu harus berani berkongsi masalah penderaan mu bersama keluarga dan rakan .. Jangan biarkan dia terus memperlakukan sedemian terhadap mu , jika berdiam habislah tubuh mu menjadi mangsa .. Bayangkan kamu yang cantik jelita sebelumnya menjadi selekeh kusut sebagainya setelah bersamanya , bertindak segera ..

CURANG

Surat kabar ke blog ke banyak memaparkan kisah curang kerana ia kerap berlaku dimasa kini .. Curang sebenarnya lebih kepada pasangan tidak setia .. Jika kesetiaan sudah pupus maka terdoronglah mengabaikan pasangan yang sedia ada .. Bagi mangsa terhadap perbuatan curang , bersabarlah kerana pasti aka nada pasangan yang baik untuk anda .. Jika anda seorang yang curang itu penipuan hati seenarnya , berlajarlah untuk setia okay ..

BERANGAN / BERCAKAP KOSONG

Apa yang cuba dimaksudkan adalah seperti pasangan anda gemar menjanjikan sesuatu pada masa hadapan tetapi anda sendiri boleh ihat tiada daya usaha yang dilakukan .. Sebagai pasangan mungkin anda akan merasa tertunggu tunggu bukan jadi kasihankan diri sendiri perlu jika dalam situasi berkenaan .. Sesungguhnya masa depan boleh dicorakan pada masa kini .. Terukan berusaha dan berdoa kemudian bertawakal .. Lebih baik tidak menjanjikan sesuatu tetap membuahkan hasil secara tiba tiba ..

KESIMPULAN


Sesungguhnya sebab untuk anda meninggalkan si dia ada macam macam seabab , hanya anda dan pasangan sahaja yang mengerti .. Sesungguhnya apa sahaja keputusan yang diambil perlulah dengan mendapat restu daripada ibu bapa kerana mereka yang melahirkan kita .. Bagi yang beragama islam jangan lupa istiqarah okay semoga kita di pilihan yang bijak .. Sebagai manusia biasa pasti anda inginkan yang tebaik untuk kehidupan , itu lumrah .. Pendapat dan pendirian masing masing .. Selamat maju jaya ..

Terima kasih sudi menyinggah di entry anne kali ini .. Sayang love love papa mama !

Wednesday, July 3, 2013

Pulau Pinang Cuti cuti Malaysia

1:50 PM 2 Comments
Assalammualaikum dan salam rindu buat pembaca setia mahupun pembaca baru , selamat datang ke blog yang tak seberapa menarik ni , terima kasih kerana memilih blog anne ya !

Selesai seminggu practical anne pun keluar kota Selangor bercuti ke Pulau Pinang .. 
Banyak dah gambar upload kat instagram .. 
Thank you mak lang bawa anne jalan pinang .. 
Anne gi rombongan dengan guru guru SJK (C) Damansara .. 
Amboi nak bermalam atas kapal 3 bas gerak .. 
Se awal 5.30 am dah gerak dari rumah .. 
Sampai sekolah dalam 5.45 am anne cop tempat duduk , okay depan sekali .. 
Katanya bas gerak pukul 6.15 am .. 
Kami yang muslim solat subuh kat surau sekolah lah ..

Masa perjalanan dalam bus tu , anne tak dapat tidur pun .. 
Sebab nak menikmati perjalanan ken .. 
Over excited al maklumlah orang tak pernah ke penang kata nya .. 
Suasana hening dipagi hari gitu kelass .. 
Kalau bosan apa lagi online lah , ken bawa tab .. 
Dalam perjalanan tu banyak kali gak bas berhenti dekat perhentian .. 
Biasa lah bawa budak .. 
Nak itu nak ini , eh bukan budak je nak mak ayah budak pun nak jugak okay ..

Bile dah sampai area pinang , merasa la naik jambatan Pulau Pinang yang menakjubkan tu , nampak juga jambatan kedua .. 
Wah Alhamdulillah dapat juga merasa semua ni dengan keizinan Allah maha besar .. 
Siap dalam bas pun ber instagram bagai , yes whatever hodoh je rasa ! 
Perjalanan diteruskan ke kilang pembuatan akar kayu lah , ala herba gitu .. 
Biasa lah dah ikut pun travel sekolah cina dibawanya kita ke tempat cina tapi mestilah ditanggung halal , kami yang muslim semua tak la berbelanja sangat just tengok la jugak ..

Ceita pasal lunch dan zohor kami di area mane ye tak sure tapi rasanya Air Hitam ada kuil budha yang berhala dia besar tu , menyentuh tentang pandangan senibina bangunan tu yes menarik , ukiran buatan manusia tuh .. 
Selepas tu kami teruskan perjalan , pemandu pelancong sempat bawa kami melihat lukisan jalanan , di sekitar Bandar .. 
Art Street tapi malangnya ada yang dah ditelan hari , warna dan lukisan dia dah luntur .. 
Anne sempat lah bergambar gitu , biasalah .. 
Dapat tengok menara Acheh jugak walaupun tersorok kedalam sebenarnya ..


Sampai kapal pukul berapa ya hari tu eh memang tak ingat pulak .. 
Yang pastinya dah petang lah ..
Dah sampai kat laut tu dah nampak pun kapal besar , eh teruja mak .. 
Sorry lah I tak pernah naik kapal ke feri ke ada atas air , it is so not me .. 
Masa study kat kolej dulu ada lah dengan kawan kawan , tu lah first time naik sampan , but sampai sekarang kalau nampak sungai tu macam tak percaya je .. 
Tak berani dah kot nak naik sampan lagi haha ..

Bile dah sampai , takan duk je dalam bas ken .. 
Turun bas lah hey angkat beg kita tarik semua tak menyabar sangat dah .. 
Rehat dulu , tunggu kad dan pendaftaran siap .. 
Disebabkan belambak manusia eh eh ramai orang ken .. 
Kene lah tunggu lama jugak .. 

Bila kad dah siap nak kene beratur pulak ada banyak benda nak check .. 
ala macam naik kapal terbang jugak sama .. 

Cek kad nama dan ic bila dah lepas dia bagi towel lembab yang sangat wangi untuk lap apa apa lah peluh menunggu gitu .. 
check kat dalam pulak kali kedua sama juga kad dan ic lepas tu dia spray tangan kita hand sanitizer then okay sudah .. 
Sampai sebelum masuk dia sambut kita , semua cun cun hensem hensem gitu ! 
Eh ni belum masuk kapal lagi okay baru kat jeti haha ..

Now perjalanan dalam kapal sudah , sebelum masuk ke lobi kita kene lah hantar barang kita dia nak check lah then tunjuk kad kita .. 
Bermula lah percutian di atas air , fuyoh .. 
Bagi sesiapa yang tiada socket plag antarabangsa boleh la ke lobi bagi deposit RM20 nanti dah pulang barang dia pulang duit .. 
Kami tak lah sebab mak lang memang dah bawa siap dari rumah ,dia memang kaki travel pun tahu je lah apa yang harus dibawa ken ..
Kita tak panggil room ya sayang kita panggil cabin .. 
Bila sampai cabin tu usha lah dulu kemudahan and tempat tidur semua .. 
Kenangan harus ada lah ken jangan lupa nak ambil gambar okay , chikecik sudah sepuluh snap kot haha .. 

Memandang kan sudah kelaparan kami , terus lah cari makan ..
Makan pun dekat tingkat atas open area depan kolam renang siap ada penyanyi bagai .. 
Okay sangat lah , anne rasa semua patut merasa lah ala ala titanic gitu haha ..
Buffet dia ada macam macam style makanan , biasalah untuk kepastian sebelum makan kita bertanya halal ken , yes halal pasti .. 
Makan makan jalan jalan ambil angin laut eh dah malam rupanya dalam pukul 8pm gitu .. 
Anne dengan alang terus turun ke cabin kami untuk solat dan berehat sebentar katanya ..

Masa dalam cabin tu anne pun buat la apa yang patut .. 
Cadangnya 9.30pm ada magic show dan macam macam lagi la aktiviti malam .. 
Sorry to say kami terlajak kapal , tidur sampai ke pagi lah haha .. 
Bangun pagi sudah .. 
Actually memang berada di kapal adalah persinggahan malam kami sahaja kerana tentatif program dan waktu perjalanan sudah memakan masa yang lama ..

Esok pagi tu  , kami naik untuk breakfast lah .. 
Selesai kami balik ke cabin dan kemas semua bagasi kami , wah ! 
Masa nak balik ada lah jugak rasa macam tak cukup rasa sekejap ken tapi apa kan daya perjalanan hidup tetap akan diteruskan .. 
Walaupun berat kaki ku melangkah , tetap memberanikan diri terus maju setapak ke setapak seterusnya .. 
Wah macam ayat novel pulak padahal tak baca pun novel ken .. 
Okay la cukup waktu dalam 10 .30am Star Cruise kita tiba di jeti tempat kami mulakan langkah dan harapan pertama sebelum masuk ke kapal .. 
Tiba masa untuk check out pun ..


Pengalaman bermalam di kapal besar Star Cruises Libra , anne rasa menarik tapi bila terkenang kisah kisah kapal karam , hati mula tak senang dibuatnya .. 
Tengok tingkap cabin suasana luar gelap , handphone dan gajet mula tiada liputan naik bulu roma .. 
Bila difikirkan balik bukan lama pun pelayaran ken , berdoa sahaja la mampu ..
 Anne rasa one day anne akan merasa lagi kot naik kapal haha kalau berkesempatan .. 
By the way , anne ade instagram updated , boleh la korang singgah nanti ya ..

Kini , cerita sudah berada di darat jeng jeng .. 
Dah check out semua siap terus naik bas ke perkampungan air , maksudnya rumah mereka sebelah jeti lah atas air gitu .. 
Kebetulan mereka memanfaatkan kesempatan yang ada , mereka berniaga barangan yang boleh menarik hati pelancong seperti topi , rantai . key chain dan cenderamata yang lain ..
 Ada lah juga barang yang anne beli buat kenangan .. 
Anne kalau kemana mesti akan beli magnet peti sejuk haha wajib !

Destinasi kita seterunya berdekatan kawasan setempat juga iaitu Penang Hill .. 
Kata orang  tidak lengkap sekiranya kita ke Pulau Pinang jika kita tidak singgah untuk meninjau keindahan alam di Penang Hill juga terkenal dengan panggilan Bukit Bendera .. 
Kalau nak suruh anne mendaki bukit naik tangga memang tak lah sebab tourist kami penat beratur belikan tiket , haha .. 
Walaupun kawasan tersebut sedang dalam  aktiviti pembaik pulih , orang ramai masih boleh menikmati sebahagian dan keretapi juga ditahap yang baik .. 
Sekarang keretapi bukit bendera maju dah weh ada aircond kelas kau maria ..

Ok okay teruskan membebel , pembaca memang suka anne membebel kot ..  
Perjalanan diteruskan ke Perak pula , kami singgah ni sebab nak beli buah limau bali yang sangat terkenal kat sini , kami singgah kat sekitar Ipoh .. 
Anne rasa inilah pertama kali anne sampai Aeon Ipoh haha , macam sampai mane tah padahal Aeon je pun .. Kami makan malam dah solat ..

Dalam 9 pm kami baru gerak dari Ipoh terus balik ke Damansara .. 
Okay walaupun dalam masa yang singkat kami berjalan selatan ke utara ke selatan ..
Bagi anne ini adalah antara pengalaman percutiaan teridah .. 
Buat pembaca setia terima kasih sudi menyinggah nak menjenguk entry .. 
Anne harap entry kali ni akan membuatkan pembaca dapat membayangkan dan menarik ramai lagi pelancong ke Pulau Pinang ..

Salam ikhlas dari hati , Anne Amtiyaj ..