Tuesday, May 29, 2012

Doa Perpisahan

7:26 PM 0 Comments

Salam : Lagu ni di tujukan khas buat kawan kat Kolej Komuniti Sabak Bernam ..

Hitung hari tak sampai dua minggu kita akan tamat pengajian kat sini selama dua tahun ..
Banyak kenangan pahit manis and ranjau kehidupan kita dah belajar kat sini kan ..
Alhamdulillah kita berjaya harungi !!

Untuk kawan dorm sentosa ..
Semoga enjoy dengar lagu ni setiap hari !!

Tajuk Lirik Lagu: Doa Perpisahan
Artis: Brothers

Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhwah tang sejati
Bersyukurku ke Hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba Mu

Mencari hidayah daripada Mu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati Hamba Mu
Di atas perpisahan ini

“Teman, betapa pilunya hati menghadapi perpisahan Ini.
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama. Semoga
Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Teruskan
Perjuangan”

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba Mu

Senyuman yang yersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu

Semoga, Tuhan berkatimu

Monday, May 28, 2012

My Sayang Sentosa Girls Semua !

11:18 PM 0 Comments

Assalammualaikum and hai ..

Kali ni nak cerita sedih ..

Time menaip ni baru mendapat ketenangan setelah mengalirkan air mata kesedihan ye bukan kebahagiaan ..

Masa kat rumah dah bincang dengan bangah nanti bila dah habis study bangah akan ambil on that date lah kan ..

Ingatkan okay dah ..
Tiba-tiba tadi angah call and dia cakap date yang anne bagi tu dia can’t make it ..
Angah kerja ..
Lepas tu angah bagi date , alamak exam belum habis time tu ..
So bincang punya bincang just dapat time my last paper day ..

Bagi lah tahu kawan dorm semua ,
Terkejut and ada yang tak dapat terima dengan menunjukkan tanda marah + protes ..
Bella first tahu dia nangis dah !!

Ya, anne faham tarikh tu terlalu awal tetapi apakan daya ..

Anne pulak tak sanggup lah nak biarkan family datang jauh lepas tu biarkan dia balik tanpa anne ..
Anne pun nak merasa bukan senang family nak datang ..
Masa datang untuk daftar ni pulak datang untuk ambil barang last ,
anne dah habis belajar kat sini ..

Anne berbelah bahagi ..

Anne sedih nak tinggalkan kawan dorm sentosa semua ,
Pastu fikir family pulak ..
Lepas tu bertambah sedih Tasya and Ira datang ,
Merayu jangan balik seawal itu ..
Apa lagi hujan dah turun , sedih kot tak tahu nak terangkan macam ana ?

Okay anne try lah cakap bangah the truth kan ..
Cerita la kiterang ada last dinner semua ..
Bangah faham anne dia cakap anne balik sendiri dulu and nanti kita datang balik ..

Okay selamat semua masalah ..

Alhamdulillah , demi ketulusan persahabatan itu Allah permudahkan urusan ni ..
Syukur sangat !!
Kawan semua jangan sedih lagi tau ..

Anne akan bersama korang ek sampai suatu masa kita akan berpisah tuh ..
Anne minta maaf bila banyak menyusahkan korang semua dengan hal anne tahu ..

Seriously , anne sayang gila kat korang ..

Thank you for everything !!
" friends forever "

Ok lah , itu jer ..

Thank you guys sudi baca and faham luahan hati anne ni ..

Esok Final Exam Bermula !

12:22 PM 2 Comments
Assalamualaikum And Hi everybody !!

First paper anne paper Pembangunan Diri ..

Kena buat resume and akan ada interview juga ..

wish me good luck tau ..

Doakan anne berjaya buat yang terbaik untuk esok ..

ok lah itu jer .. 

thank you guys !

" all the anne "

Much Love, Anne Amtiyaj ..

Saturday, May 26, 2012

Assessment Day Student Fashion KKSB :)

5:15 PM 0 Comments
Assalammualaikum ..

Nak cerita sikit jer lah .. 

Kali kedua dapat jadi model kolej lagi :)

Semalam kat Facebook and twitter adelah upload pic pakai baju lip lap penuh manik and labuci tuh ..

Front
Back
Ni bukan lah baju Anne tapi baju yang direka untuk anne pakai ..

Ukur baju dibadan Anne ..

Kepenatan menunggu giliran u allss !
siap pagi nilainya petang :) lama lama ..
Designer dia Zurina student fesyen and pakaian from Kolej Komuniti Sabak Bernam ..

Tema : Red Carpet 

So Zurina pun fikir amik la motif " Burung Kakak Tua "


Thank you Zurina and tahniah gak kat ko berjaya siapkan !!

Eza seha pun thanks untuk picture bawah ni :)

Motif Burung Kakak Tua !

ok lah itu sahaja . assalamualaikum . terima kasih . jumpa lagi :)

Cuti Study Week 2012 !

5:05 PM 0 Comments
Assalammualaikum :) 

Hai semua memang dah lama tak updated blog.

Maklumlah sibuk menyibuk kan diri dengan apa tah tak tahu lah ..

So kali ni study week entah la apa yang study nye .. 

Exam lagi dua hari takot sangat !!

Jantung deras je degupannya ..

Hope exam kali ni dapat buat yang terbaik la ..

 Amin .. Amin .. Amin ..

Kawan semua doakan anne berjaya tau :)

Thank you ! 

Friday, May 11, 2012

Mira Hidayu Thank You :)

7:52 PM 0 Comments

Assalammualaikum and hi guys ..


So to mira thanks tau pinjam kan blazer kat Puan Mar untuk ADEX II anne that day :)

erm .. thank you Puan Mar SPK ..

sayang mira bila mira sentiasa support anne :)


kawan lain pun macam tu rajin sokong anne ..

terima kasih ..

sayang korang !!

Biarkan Lelaki tahu !

7:43 PM 0 Comments

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

 
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempua
n bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

http://diarihati.com/blog/wp-content/uploads/2011/05/Andai-lelaki-tahu-dan-fahami-wanita-itu-miliknya....jpg

Syurga itu milikmu wahai HAWA

7:40 PM 0 Comments

 @ Siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool je.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

@ Siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, slumber je
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, boleh je survive
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit. hebat kan perempuan?

@Siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati mereka Allah jadikan lembut
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat je cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan?
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki. hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.

diorang cakap:

@ Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
@ Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
@ kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah. bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.

@ Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
@ Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
@ mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil.

persoalannya sekarang?

@ Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya.

tak adil lagikah Allah pada perempuan? Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya, kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri. cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki, bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat. cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio. banyak lagu pasal perempuan kan? Jarang kita dengar lagu pasal lelaki. sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.

masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan. sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga.

HADIS :

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah. betapa sayangnya Allah padamu. betapa cintanya Allah padamu. Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia. bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan, dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah. Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapa kau masih berdegil untuk mengikut perintahya? Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana??

YA ALLAH !!
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.

Wanita & Pengorbanan ( kandungan ibu )

7:33 PM 0 Comments

Assalammualaikum .. 

" mama ain rindu mama " 

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari. 

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah   bagi satu pahala haji. 

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


from my bff blog : http://ayuayuna91.blogspot.com/

Food Day KKSB 2012

7:19 PM 0 Comments

Assalammualaikum and hi guys ..

Ada sikit cite pasal Food Day kat Kolej ..

Food Day ni memang best .. 

Melibatkan penduduk sekitar sabak bernam , pelajar sekolah dan pelajar pra sekolah tadika kan ..

Student and semua tetamu boleh join game yang disediakan ..

Meriah la gak ..

Pelbagai produk bumiputera ditunjukkan ..

Lagi best student punya hasil kerja bagi setiap jurusan ada dipamerkan ..

Student Kolej Komuniti boleh enovasikan sate .. memang hebat .. 
 sate pelik pelik tak penah jumpe boleh ade ..

Pemenang Hari Usahawan gerai SKS pun ada meniaga , char kuew taw and burger !!

by the way , burger tu ada jual kat Sg. Besar Selangor ..

Sedap !! Student KKSB yang rialisasikan impian dierang .. 

Anne try gak untuk support jer .. teka kalori biji kacang .. kalah .. tak tahu la banyak sangat ..

Untur warga SPK anne ucapkan tahniah !!

Thanks untuk makanan free and cupcakes yang comel :)

thanks ira !!
thanks mira and bella :) love it !!

sorry saya bukan budak makanan tade pic banyak !! ni pun kawan bagi cupcakes ..
ok lah you doakan kami terus maju kay .. dah maghrib .. bubuye ..

thank you ..

assalamualaikum ..


Ice Blended Mokjja Cheras !!

6:55 PM 0 Comments
 Assalammualaikum and hi guys ..

Mokjja Malaysia Cheras ..
So ni adalah nak share sikit about Mokjja : smile in your drink ..

Mokjja ni macam ice blended gak la tapi dia ade macam macam perisa and pelanggan boleh rasa and try sendiri ..

menu mokjja 
Paling best pelanggan boleh pilih sendiri nak tambah apa pun boleh ..

Ya , anne dah rasa , sedap ..
mokjja packing
Ni product bumiputera and ditanggung halal 100% tau ..

Kedai dia pun cantik ceria and selesa ..

pintu masuk kedai mokjja



So dia akan letak wifi ha memang sesuai untuk student or yang kaki online ni ..

Waktu beroperasi kalau tak salah 10.00 am – 9.00 pm rasanya ..

Jom singgah ..
Ni link Facebook dia .. Jom like ramai ramai ..

http://www.facebook.com/mokjjamalaysia

okay lah itu saja .. all the best Mokjja :)

terima kasih !!

Makan Makan di Sabak Bernam

6:41 PM 0 Comments

Assalammualaikum and hi guys ..

Semoga sihat sejahtera la kan ..

Kali ni tade la event ke cerita khusus ape la kan just nak share apa yang nak di share ..

Makanan ..   Makanan .. Makanan ..

So bila hari hari makan kat luar memang lah bosan and jemu berbanding makan masakan mama tak pernah jemu ..

“ Mama orang rindu gila kat mama time ni .. lagi lagi esok mother’s day “

Apepun still bersyukur papa bagi duit la dapat makan ..

Alhamdulillah ..

Meh nak share kat you guys antara makanan yang anne makan kat sabak bernam ..
Mari kita terjah ..

semua instagram foto : anneamtiyaj :)

air yang student akan minum teo ais , air kosong , sirap limau ais 
char kuey taw
nasi pataya / sambal belacan , padprit ..
nasi goreng kampung ..
nasi ayam toman
Ok lah thanks .. dah lapar and nak cari makanan lagi ..

2012 Architectural Drawing Ahixibition KKSB ( ADEX II )

1:45 PM 0 Comments
Assalammualaikum and hai !


2012 Architectural Drawing Ahixibition KKSB ( ADEX II )


Kali ni anne nak storey pasal Hari Pameran Student Senibina ..
Zass 1 2 3 ..


The Dorm Sentosa Girl :) #spsian !!
First of all , terima kasih untuk semua para pensyarah anne dari semester 1 sampai la semester 4 ni ..
Tanpa para pensyarah tak mungkin anne dapat habiskan sampai semester 4 ni and lepas and selamat practical gak ..

Alhamdulillah buat kali kedua kali nya anne dapat jadi pengacara majlis ..
Kali ni berdua dengan Fikri masa semester 2 seorang je ..


thanks fikri :)
Walaupun hasil kerja kami ok ok la tapi anne still bangga ada kawan yang sememangnya hebat belaka ..
Semua student ada terlibat dalam pameran tuh ..
Designer of the day :)
Pertandingan Sketch Up :)
bff spsian 4B gegel :)
Bie Ney
Kepada para pemenang Tahniah !!        
                
Mana tak hebatnya diberikan masa 2 Minggu untuk siapkan segala drawing dengan subject lain pun dengan hari usahawan nya ..
Sumpah memang buzy tapi kami cuba yang terbaik sampai tertunggu stay kat kolej 3 4 pagi lagi ..

Para pensyarah yang tunggu pagi buta tu en. Bukhari thanks ..
Cik Ida thanks sampai ke malam & Puan Zaleha yang sabar ..
Puan Haryati Puan Syaza Puan Akmar thanks gak sebab faham dengan jurusan kiterang ni ..
mana tak nya asik skip class kan keluar cuti cuti Malaysia jer tahunya ..


Bila ADEX da selesai sedih pun ada ..
Best sangat time tu banyak tetamu dari Politeknik and Adik Sekolah ..

Okay la itu sahaja ..
Thank You ..

Hari Keusahawanan KKSB 2012

1:03 PM 2 Comments

Hari Keusahawanan KKSB

Assalammualaikum and hai !

So nak update sesuatu lah pasal hari keusahawanan kami .. 
memang happening sangat .. 
semuanya memang ada bakat tersendiri .. 
Alhamdulillah kami menanh hamper ke  2 dengan Anugerah Usahawan Perintis .. 
Apepun to geng usahawan paling great saida ira iza thank you very much tau .. 
Happy giler dapat bersama korang .. 
Untuk semua student KKSB korang memang shok .. 
Perkara paling gila yang anne buat pada hari tersebut antaranya record suara and promoted our stall !! Hentam jer suara da la serupa apa tah .. 
Its okay pada anne malu biarlah bertempat .. 
Okay lah .. 
To the Lecturer , Thank You so much ..


Instagram/anneamtiyaj
Ni gak sempat nak promo produk Bumiputera yang kami jual for that day.. 
Pau Mustika Hati Sabak Bernam ..


okay itu sahaja , terima kasih ..

Monday, May 7, 2012

Rahsiakan 10 Perkara Ini Kepada Wanita

5:25 PM 2 Comments
1. Dia tidak disukai keluarga anda
Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.


2. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”
Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.



3. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”
Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.


4. Simpan rahsia kelemahan anda

Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.



5. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu
Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.



6. Jangan jadi ‘anak emak’
Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.



7. Anda punyai hobi yang pelik
Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.



8. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”
Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.



9. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini
Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.



10. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi
Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.