Sunday, September 11, 2011

Cinta Institusi - Episod 12

Sedutan Episod Lepas . . . 

Kirana sering bertanyakan tentang perkembangan perhubungan mereka itu tetapi Azman terus berdolak-dalih seperti enggan menjawab tentang itu . Kirana terus mendesak untuk mendapatkan kepastian kerana dia tidak sanggup untuk berada di situasi dimana terpaksa merasakan dirinya seolah kekasih yang tidak di anggap . Azman hanya sering menjawab “ kita berkawan sahaja “ . Kirana meminta kepastian atas jawapan yang sering Azman berikan .

Episod 12 . . .

Maksud yang tersirat untuk jawapan azman adalah dia ingin mengahiri perhubungan istimewanya bersama Kirana lalu bertindak untuk menyambung perhubungan sebagai seorang teman biasa . Kirana dengan berat hati dan kecewa terpaksa akur dengan permintaan Azman . Alasan yang sering diberiakn oleh Azman kepada Kirana adalah Kirana terlalu mementingkan laman social Kirana daripada Azman sendiri . Secara jujurnya , Kirana tidak dapat menerima sebab yang diberikan Azman kerana baginya Kasih Sayang dan Cintanya terhadap Azman sudah mendahului segalanya . Tetapi apakan daya , kepercayaan yang pudar tidak dapat dicerahkan kembali . Lantasan Kirana terus mengundur demi mnghormati keputusan Azman yang ingin meninggalkannya perhubungan dengannya .

Setelah beberapa hari mereka berpisah . Secara kebetulan Kirana dan Azman berada di skitar Kuala Lumpur pada waktu itu , Kirana mengajak azman untuk berjumpa sebentar di KL Sentral memandangkan ada sedikit buah tangan yang Kirana ingin kirimkan kepada ibunda Azman . Azman membuka dompetnya lalu Kirana terlihat gambar Azman dan Ema bersama . Di waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaiman peritnya luka dihati Kirana di tambah pula dengan seribu satu persoalan .

Kirana dengan tenang menanyakan adakah Azman kembali ke pangkuan Ema? Azman tidak mahu menjawab kerana Azman takut Kirana enggan berkawan lagi dengan nya lalu didesak Kirana . Azman menjawab Ya . Jadi , mungkin segala persoalan dan tekaan Kiran benar belaka . Kirana bersyukur dan menerima ini sebagai satu dugaan yang harus ditempuhi dengan redha .

Kirana kembali bersendirian dan menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi .

S E K I A N . T A M A T .

No comments:

Post a Comment