Saturday, September 10, 2011

Cinta Institusi - Episod 11

Sedutan Episod Lepas . . .

Di suatu ketika Ema menghubungi Kirana , Ema tanpa segan silu dan berfikir panjang mengeluarkan kata kesat terhadap Kirana . Ema juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Kirana atas kejayaan Kirana mendapatkan Azman dengan nada suara memerli Kirana dapat rasakan . Kirana diwaktu itu sangat buntu dan terus diberikan kata semangat oleh kawan serumahnya . Kirana tabah dan Azman sendiri memberikan Kirana semangat dan menyuruh Kirana usah lagi melayan panggilan Ema .

Episod 11 . . .

Oleh yang demikian , Kirana kembali bersemangat dan meneruskan kehidupannya disamping Azman . Hubungan azman dan Kirana kini sudah pun setahun . Mereka melayari bahtera kehiduan dengan teratur dan bahagia sekali sehingga mereka tamat peperiksaan akhir semester 4 . Di semester seterusnya mereka akan menjalani Latihan Industri ( Practical ) .

Cuti semester sedang berjalan . Azman dan Kirana sukar untuk bertemu memandangkan jarak tempat tinggal yang menjadi halangan untuk bertemu . Mereka sentiasa berhubung di laman social dan telefon bimbit . Khidmat pesanan ringkas lah yang sering mereka gunakan untuk kekal berhubung .

Di suatu saat , Azman telah meminta kod kata laluan untuk profil laman social Kirana . Kirana enggan memberi kerana bimbang Azman akan cemburu memandangkan Azman seorang yang kuat cemburu . Apabila di desak , Kirana terpaksa memberi kerana enggan membiarkan Azman bersangka buruk terhadap dirinya .
Entah mengapa , setelah kejadian Kirana memberikan kata laluan tersebut Azman seakan berubah dan enggan melayani Kirana seperti sediakala . Kirana merasakan seperti ada yang tidak kena dengan perhubungan mereka . Azman sering menjauhkan diri daripada Kirana . Mereka sudahpun jarang berhubung . Setiap masa , Kirana bimbang akan perhubungan yang terjalin itu . Perhubungan yang tergantung dan kosong . Kirana terus berdoa agar dikuatkan Imannya dan juga Azman .

Kirana sering bertanyakan tentang perkembangan perhubungan mereka itu tetapi Azman terus berdolak-dalih seperti enggan menjawab tentang itu . Kirana terus mendesak untuk mendapatkan kepastian kerana dia tidak sanggup untuk berada di situasi dimana terpaksa merasakan dirinya seolah kekasih yang tidak di anggap . Azman hanya sering menjawab “ kita berkawan sahaja “ . Kirana meminta kepastian atas jawapan yang sering Azman berikan .

Bersambung . . .

No comments:

Post a Comment