Thursday, September 8, 2011

Cinta Institusi - Episod 10

Sedutan Episod Lepas . . .

Hari ke sehari , bulan ke sebulan Kirana semakin tabah dan meneruskan kehidupannya seperti biasa bersama kawan-kawan yang tidak lekang bersamanya . Walaupun banyak jejaka yang cuba menghampiri Kirana tetapi Kirana tidak menerima . Kirana seakan tidak bakal percaya dengan sebarang kata atau taburan janji mahupun sekadar memberikan peluang pertama , Kirana tidak akan melayani . Kirana hanya mampu berkawan dan berterima kasih kepada mereka . 

Episod 10 . . .

Ada suatu ketika itu , Kirana demam teruk . Berita ini telah sampai ke telinga Azman . Azman segera menghubungi telefon bimbit Kirana . Azman sangat menunjukkan keperihatinan dirinya terhadap Kirana . Azman sentiasa menghubungi Kirana untuk mengetahui perkembangan kesihatan Kirana . Di saat Kirana semakin pulih dari penyakit demam . Azman telah mengajak Kirana keluar untuk mengambil angin petang dan bersiar–siar di taman yang berhampiran . Kirana bersetuju lalu mereka bertemu .

Kini , setelah lama mereka tanpa kabar berita akhirnya apabila bertemu dan berkongsi perkembangan masing-masing . Mereka kembali bermesra semula . Inilah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Ilahi . Mereka tidak pernah menjangkan bahawa mereka akan bersatu kembali setelah sekian lama mereka tidak berhubung . Satu perkara penting yang Azman memberitahu Kirana bahawa dia tidak lagi berhubung dengan Ema yang pada waktu itu sudah menjadi masa silamnya . Ema meninggalkan Azman kerana Ema sudah mempunyai ilihan hatinya yang lain . Disamping Azman yang sudah tidak tahan lagi dengan sifat dan karenah Ema yang seolah tidak mahu menghormati Azman sebagai seorang kekasihnya . Azman sangat redha dengan ketentuan itu walaupun hatinya sakit . Sudah mnjadi lumrah kehidupan dimana kepahitan itu memang perit rasanya untuk ditelan . Kirana sangat bersimpati atas perkara yang menimpa Azman .

Azman dan Kirana kembali mencorak dan mencari semula keserasian yang pernah dicipta bersama suatu ketika dahulu . Sehinggakan di suatu saat, Azman kembali melamar Kirana untuk menjadi kekasihnya semula . Kirana tersenyum lantas menerima lamaran tersebut dengan hati yang ikhlas demi menjalin hubungan tersebut . Hubungan Azman dan Kirana begitu bahagia tanpa gangguan pihak lain .

Di suatu ketika Ema menghubungi Kirana , Ema tanpa segan silu dan berfikir panjang mengeluarkan kata kesat terhadap Kirana . Ema juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Kirana atas kejayaan Kirana mendapatkan Azman dengan nada suara memerli Kirana dapat rasakan . Kirana diwaktu itu sangat buntu dan terus diberikan kata semangat oleh kawan serumahnya . Kirana tabah dan Azman sendiri memberikan Kirana semangat dan menyuruh Kirana usah lagi melayan panggilan Ema .

Bersambung . . .

No comments:

Post a Comment