Wednesday, September 28, 2011

Phootoshoot Ke ? Kot .

8:40 PM 2 Comments
Assalamualaikum and a very good morning  , evening you guys !

So nak post benda lame sebenarnye . tak pe la . post jer la ken . ni its all about photoshoot picture untuk bulan September 2011 ni ! mine mine mine ! nak terjah la sesikit yang I nak kongsi a . k . a share kat you guys ! Lagi pun buzy kot nak update . hmm . sepantas kilat ni . Zaaassss .

1 - Ni photoshoot untuk online boutique . La macam butik yang jual kat blog and facebook bagai tu la . so butik ni jual barangan wanita jer . terutama shawl and phasmina ! ! okay dah faham ? hopefully la . Best sangat . Gelak jer keja I . ade 5 shawl and persalinan . wakakkaka .



Lain picture semua kat photog :)
Make Up : Nurul Juliana
Photographer : Aza Shima
Location : Damansara Jaya

2 – Ni photoshoot out door . Pakaian casual . Street wear gitu la . So simple simple jer ni . Huh . At first ingat ter cancel hujan babe . then syukur la okay . Panas dunia pulak terpaksa hadapi . sangat enjoy La ! 
Best Best .





Na tengok lagi ? kat facebook yer .

Make Up : Nurul Juliana
Photographer : Beeps Lee , Suliza Olympus & Chiang Wei
Location : Taman Tasik Perdana , Kuala Lumpur

3 – Ni Photoshoot jugak just lain sikit la sebab ini pertandingan . contest gitu la .
" tema : Classic / Modern Wedding Contest “ so time ni baju tak boleh pilih just ikut number pendaftaran and amik ikut hanger jer . so dapat la baju pink colour . Ni bukan model  contest saja la . termasuk juga dengan make up artist , photographer and talent gak la . kene by grouping la ye . Hujan lebat gila basah baju pengantin you tau tak . haiyoo . tak pe . best gila . so sorry yang photographer i punya tak dapat di kesan .


Thanks Own Drake Picture !!

Thanks Dak Teropong Photography !!

Thanks Noor Hafis Entertainment !

Make Up Artist : Nor Aliza Il’yasa
Assistance : Hayati amtiyaj Couture
Photographer : Suliza Olympus & Chiang Wei
Location : Taman Bukit jalil , Kuala Lumpur

4 – Ni Photoshoot suka – suka . seriously . Muka penat and oily uhh . lantak la . best dapat kawan baru . sopan betul photog ask permission . “ nak  amik pic model boleh tak “ ahahha . takan nak cakap tak boleh . ahah . enjoy . santai tahap melampau la . Thanks tau tau .






Make Up Artist : Nor Aliza Il’yasa
Photographer : Shah azmi
Location : Taman Bukit jalil , Kuala Lumpur

So if ade ape ape job untuk orang yang bernama di atas atas semua ni . boleh la PM anne kay :) thanks . ape ape lagi active di facebook . Mai mai . jemput add :) thank you .

Tanda Lelaki Jatuh Cinta Lagi !

8:25 PM 0 Comments
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukankarena terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..
3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap. 
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. 
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya. 
9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain. 
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 
11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya. 
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama. 
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya. 
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanyalebih kuat daripada kekasihnya. 
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan pentingdengannya.
17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya. 
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dansanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri. 
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya. 
23.. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita. Hargailah insan bergelar lelaki…

Saturday, September 17, 2011

Bila Pasangan Tinggalkan Kita . . POSITIF !

9:06 AM 2 Comments
Perkara positif penting yang kita kena fikir bila pasangan kita pergi meninggalkan hubungan kita dengan dia . 
Jangan sebab kan hubungan dengan dia musnah korang nak anggap hubungan akan datang pun sama ? 
Eyh . Tidak lah begitu . 
Just Berhati – hati la selepas itu . Jadikan pengalaman tu sebagai ajaran .

Buka minda and lapang kan jiwa . Fikirkan untuk diri sendiri . Biar pun macam kejam or selfish ke . Hati kita sendiri la jaga . Fikir jer yang . . .

  • ·        Dia tidak cukup bagus untuk jaga and mentadbir diri kita . Dia tak layak pun sebenarnya .
  • ·        Banyak lagi someone yang lagi curlass gitu dari dia .
  • ·        Bila bersama dia memang membeban kan wat serabot kepala jer . Membazir banyak waktu , air mata , tisu tu . ( Deman / sakit bagai )
  • ·        Biarkan dia dengan dunia dia yang konon konon nak hidup tanpa kita . kalau betul la dia terpaksa break walaupun katanya dia sayang kita . Tau la dia rasa nanti bila kita tiada yang gatal sangat nak break kenapa .
  • ·        Kita kena move on . Hidup mesti di teruskan . Banyak jer orang yang di tinggalkan masih boleh menempah kejayaan .
  • ·        Tidak perlu nak sedih bagai . Manalah tahu pasangan yang meninggalkan korang tuh sedang asyik dilamun cinta dengan orang lain .
  • ·        Jadilah lebih berketerampilan , anggun , menawan , handsome , smart bagai . Mana la tahu ada lagi super power dari si dia yang terpikat kat korang ken .
  • ·        Bersedia untuk menerima orang baru dalam hidup kita . Jangan nafikan diri kita bila kita dah jatuh cinta ke apa . Get involved . Try la tapi make sure sama sama suka .

Ok lah maybe ini jer kot yang tercurah . hehehe . thanks :)


Student Jer Pun :)

9:00 AM 0 Comments
Kita Student .

Sebenar nya masyarat perlu lah faham if ada lagi manusia skarang yang tak berapa nak ada iphone / ipad / blackberry / laptop sendiri / camera macam macam la gadjet sekarang ni .

So so so :

Bagi berkemampuan okey la . Not a big deal . Yang I nak cita ni pasal orang lain yang biasa biasa jer .

situasi berbeza .

Baik : Jangan la hairan sangat if orang still guna handphone murahan ke apa tau . Biar lah . Ingat lah . Mesti budak ni student kot . Yerla , student tak payah sangat pun nak ada serba bagai gadjet tu . Okay la stakat yang adooo .

Gagal : Kepada yang tak mampu tu buat la cara tak mampu . Jangan dok paksa dad and mom korang . kedebuk bagi duit . Kesian owh . Kalau nak sangat kerja part time ke memandangkan korang tu student lagi .

Cemerlang : Lagi satu pulak . jangan judge cepat sangat tau . Nak ingat dia miskin bagai . Mana la tau dia tu low profile punya manusia . Mampu jer milik benda tu just tanak jer beli memandangkan dia sendiri tahu dia pun student je pun . Tak yah wat ramai .

student student student : belajar !

P/s : kepada yang ada tu jangan la nak belagak sangat tau . Benda tu semua mampu milik la . lambat atau cepat jer . belagak sangat . Mana la tau one day korang tersungkur ( cth : gadjet tu hilang or muflis dll ) . Kawan korang yang tak berapa nak ada tu la yang bantu . Malu !

·        Jangan pandang rendah da macam menghina tu !

Terima kasih , jumpa lagi :p

Friday, September 16, 2011

Cara Nak Nyah Buang Memori Tentang Someone !

7:43 PM 2 Comments
Ni Ha . Mau Share . Hope Korang Enjoy !!

1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari.. 


2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama yang tangkap cintan leleh 

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi.. 

4.Buat perusahaan menternak ikan keli... Nanti bila keli dah beranak pinak, pasti terlalu sibuk menjaga ...

5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala... 

6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri... 

7.Buat post yang happy happy jer tayah nak jiwang sangat la ... 

8.Kalo still teringat , terjun tangga or suro orang hentak pala kat dinding sampai hilang ingatan ...


9.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa puas ... 

Orang Yang Mencintai Mu Akan Lakukan . .

6:51 PM 0 Comments

ORANG YANG MENCINTAIMU..

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akansentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akanmenyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!

Selamat Hari Malaysia 2011 !!

1:26 PM 0 Comments
Assalamualaikum and hi hi hi !
So di kesempatan ini anne nak ucapkan Selamat Hari Malaysia !! 
16 September 2011 .
 Adoii pagi lagi da bangun nak tengok tv ni tau tak Live from Dataran Merdeka . 
Actually nak sangat gi sana just tiada transport jer . 
If ade confirm I dah join . 
tapi peh sangat berbangga dengan peserta yang terlibat menjayakan semua tuh . 
Cool and macam best jer berdiri di bawah sinaran terik cahaya matahari tuh . 
syukurlah tak hujan . 
Memang ramai gila la lautan manusia tu . 
Paling bagus bila Pm and the Menteri semua turun padang memberikan ucapan dan perhargaan terima kasih kepada semua peserta di akhir event tuh . 
Bagus memang berjiwa rakyat tu . 
Apa pun anne sangat bangga menjadi rakyat Malaysia dan semoga Malaysia terus aman dan makmur sejahtera sentiasa . 
Kepada semua pejuang tanah air . 
Terima kasih untuk semua pengorbanan mu !! 
Kepada orang lama ( dulu dulu )yang sanggup menggadaikan nyawa , wang , emas and harta benda demi melihat kesenangan jenerasi kini dan akan datang . 
Love you guys . 
Merdeka Merdeka Merdeka ! 



ok thanks :)

Monday, September 12, 2011

Sunday, September 11, 2011

Yuna - Penakut

9:36 PM 0 Comments



Lirik Lagu Penakut – Yuna
Tak semua kau rancang kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

kau tak penah cuba memahami aku
cinta kau ucap kau tak penah tunjuk
dan bila tiba saat aku kehilangan
beban yang tak penah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
ini bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Terima Kasih Daun Keladi !

12:32 AM 0 Comments
So 12 Episod Cinta Institusi . 
Tamat lah sudaaah cerita drama di Blog i ni ken . 
Itu la pengahiran Cinta Institusi yang setiap hurufnya i taip sendiri :) 
Kepada para pembaca thank you so much !!

Anne terharu ! betol tak tipu la ! 

see . terharu .
Anne nak cakap ko memang ngam sama ana .
ana sayang ente semua pembaca .

saaluutt !

rock you ! tabik spring la !
ok . thanks . maceh au . toceh . vanekem !

Cinta Institusi - Episod 12

12:25 AM 0 Comments
Sedutan Episod Lepas . . . 

Kirana sering bertanyakan tentang perkembangan perhubungan mereka itu tetapi Azman terus berdolak-dalih seperti enggan menjawab tentang itu . Kirana terus mendesak untuk mendapatkan kepastian kerana dia tidak sanggup untuk berada di situasi dimana terpaksa merasakan dirinya seolah kekasih yang tidak di anggap . Azman hanya sering menjawab “ kita berkawan sahaja “ . Kirana meminta kepastian atas jawapan yang sering Azman berikan .

Episod 12 . . .

Maksud yang tersirat untuk jawapan azman adalah dia ingin mengahiri perhubungan istimewanya bersama Kirana lalu bertindak untuk menyambung perhubungan sebagai seorang teman biasa . Kirana dengan berat hati dan kecewa terpaksa akur dengan permintaan Azman . Alasan yang sering diberiakn oleh Azman kepada Kirana adalah Kirana terlalu mementingkan laman social Kirana daripada Azman sendiri . Secara jujurnya , Kirana tidak dapat menerima sebab yang diberikan Azman kerana baginya Kasih Sayang dan Cintanya terhadap Azman sudah mendahului segalanya . Tetapi apakan daya , kepercayaan yang pudar tidak dapat dicerahkan kembali . Lantasan Kirana terus mengundur demi mnghormati keputusan Azman yang ingin meninggalkannya perhubungan dengannya .

Setelah beberapa hari mereka berpisah . Secara kebetulan Kirana dan Azman berada di skitar Kuala Lumpur pada waktu itu , Kirana mengajak azman untuk berjumpa sebentar di KL Sentral memandangkan ada sedikit buah tangan yang Kirana ingin kirimkan kepada ibunda Azman . Azman membuka dompetnya lalu Kirana terlihat gambar Azman dan Ema bersama . Di waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaiman peritnya luka dihati Kirana di tambah pula dengan seribu satu persoalan .

Kirana dengan tenang menanyakan adakah Azman kembali ke pangkuan Ema? Azman tidak mahu menjawab kerana Azman takut Kirana enggan berkawan lagi dengan nya lalu didesak Kirana . Azman menjawab Ya . Jadi , mungkin segala persoalan dan tekaan Kiran benar belaka . Kirana bersyukur dan menerima ini sebagai satu dugaan yang harus ditempuhi dengan redha .

Kirana kembali bersendirian dan menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi .

S E K I A N . T A M A T .

Saturday, September 10, 2011

Cinta Institusi - Episod 11

7:21 PM 0 Comments
Sedutan Episod Lepas . . .

Di suatu ketika Ema menghubungi Kirana , Ema tanpa segan silu dan berfikir panjang mengeluarkan kata kesat terhadap Kirana . Ema juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Kirana atas kejayaan Kirana mendapatkan Azman dengan nada suara memerli Kirana dapat rasakan . Kirana diwaktu itu sangat buntu dan terus diberikan kata semangat oleh kawan serumahnya . Kirana tabah dan Azman sendiri memberikan Kirana semangat dan menyuruh Kirana usah lagi melayan panggilan Ema .

Episod 11 . . .

Oleh yang demikian , Kirana kembali bersemangat dan meneruskan kehidupannya disamping Azman . Hubungan azman dan Kirana kini sudah pun setahun . Mereka melayari bahtera kehiduan dengan teratur dan bahagia sekali sehingga mereka tamat peperiksaan akhir semester 4 . Di semester seterusnya mereka akan menjalani Latihan Industri ( Practical ) .

Cuti semester sedang berjalan . Azman dan Kirana sukar untuk bertemu memandangkan jarak tempat tinggal yang menjadi halangan untuk bertemu . Mereka sentiasa berhubung di laman social dan telefon bimbit . Khidmat pesanan ringkas lah yang sering mereka gunakan untuk kekal berhubung .

Di suatu saat , Azman telah meminta kod kata laluan untuk profil laman social Kirana . Kirana enggan memberi kerana bimbang Azman akan cemburu memandangkan Azman seorang yang kuat cemburu . Apabila di desak , Kirana terpaksa memberi kerana enggan membiarkan Azman bersangka buruk terhadap dirinya .
Entah mengapa , setelah kejadian Kirana memberikan kata laluan tersebut Azman seakan berubah dan enggan melayani Kirana seperti sediakala . Kirana merasakan seperti ada yang tidak kena dengan perhubungan mereka . Azman sering menjauhkan diri daripada Kirana . Mereka sudahpun jarang berhubung . Setiap masa , Kirana bimbang akan perhubungan yang terjalin itu . Perhubungan yang tergantung dan kosong . Kirana terus berdoa agar dikuatkan Imannya dan juga Azman .

Kirana sering bertanyakan tentang perkembangan perhubungan mereka itu tetapi Azman terus berdolak-dalih seperti enggan menjawab tentang itu . Kirana terus mendesak untuk mendapatkan kepastian kerana dia tidak sanggup untuk berada di situasi dimana terpaksa merasakan dirinya seolah kekasih yang tidak di anggap . Azman hanya sering menjawab “ kita berkawan sahaja “ . Kirana meminta kepastian atas jawapan yang sering Azman berikan .

Bersambung . . .

Thursday, September 8, 2011

Cinta Institusi - Episod 10

10:29 PM 0 Comments
Sedutan Episod Lepas . . .

Hari ke sehari , bulan ke sebulan Kirana semakin tabah dan meneruskan kehidupannya seperti biasa bersama kawan-kawan yang tidak lekang bersamanya . Walaupun banyak jejaka yang cuba menghampiri Kirana tetapi Kirana tidak menerima . Kirana seakan tidak bakal percaya dengan sebarang kata atau taburan janji mahupun sekadar memberikan peluang pertama , Kirana tidak akan melayani . Kirana hanya mampu berkawan dan berterima kasih kepada mereka . 

Episod 10 . . .

Ada suatu ketika itu , Kirana demam teruk . Berita ini telah sampai ke telinga Azman . Azman segera menghubungi telefon bimbit Kirana . Azman sangat menunjukkan keperihatinan dirinya terhadap Kirana . Azman sentiasa menghubungi Kirana untuk mengetahui perkembangan kesihatan Kirana . Di saat Kirana semakin pulih dari penyakit demam . Azman telah mengajak Kirana keluar untuk mengambil angin petang dan bersiar–siar di taman yang berhampiran . Kirana bersetuju lalu mereka bertemu .

Kini , setelah lama mereka tanpa kabar berita akhirnya apabila bertemu dan berkongsi perkembangan masing-masing . Mereka kembali bermesra semula . Inilah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Ilahi . Mereka tidak pernah menjangkan bahawa mereka akan bersatu kembali setelah sekian lama mereka tidak berhubung . Satu perkara penting yang Azman memberitahu Kirana bahawa dia tidak lagi berhubung dengan Ema yang pada waktu itu sudah menjadi masa silamnya . Ema meninggalkan Azman kerana Ema sudah mempunyai ilihan hatinya yang lain . Disamping Azman yang sudah tidak tahan lagi dengan sifat dan karenah Ema yang seolah tidak mahu menghormati Azman sebagai seorang kekasihnya . Azman sangat redha dengan ketentuan itu walaupun hatinya sakit . Sudah mnjadi lumrah kehidupan dimana kepahitan itu memang perit rasanya untuk ditelan . Kirana sangat bersimpati atas perkara yang menimpa Azman .

Azman dan Kirana kembali mencorak dan mencari semula keserasian yang pernah dicipta bersama suatu ketika dahulu . Sehinggakan di suatu saat, Azman kembali melamar Kirana untuk menjadi kekasihnya semula . Kirana tersenyum lantas menerima lamaran tersebut dengan hati yang ikhlas demi menjalin hubungan tersebut . Hubungan Azman dan Kirana begitu bahagia tanpa gangguan pihak lain .

Di suatu ketika Ema menghubungi Kirana , Ema tanpa segan silu dan berfikir panjang mengeluarkan kata kesat terhadap Kirana . Ema juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Kirana atas kejayaan Kirana mendapatkan Azman dengan nada suara memerli Kirana dapat rasakan . Kirana diwaktu itu sangat buntu dan terus diberikan kata semangat oleh kawan serumahnya . Kirana tabah dan Azman sendiri memberikan Kirana semangat dan menyuruh Kirana usah lagi melayan panggilan Ema .

Bersambung . . .