Monday, August 22, 2011

Cinta Institusi - Episod 2

Sedutan episod lepas . . .

Azman telah mendaftarkan diri . Azman adalah seorang pemuda yang kacak . Jadi tidak hairanlah dihari pertama sudah banyak perhatian yang diberikan untuknya . Seperti IPTA lain , IPTA Azman tidak ketinggalan untuk mengadakan Minggu Orientasi . Azman sangat teruja untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan . Memandangkan Azman adalah seorang yang aktif dengan olahragawan dan sukan . Pada hari terakhir Minggu Orientasi semua pelajar telah diagihkan kelas masing-masing .

Episod 2 . . .


Hari pertama Azman di dalam kelas . Pada hari pertama pelajar baru setiap jurusan akan didedahkan dan diberi penerangan tentang fakulti masing-masing . Pada hari tersebut Azman memberi sepenuh perhatian . Di sebelah sudut ada seorang gadis yang telah membuat Azman rasa terpanggil untuk melihatnya . Azman seolah-olah merasakan sesuatu dan membuat dirinya ingin mendekati gadis tersebut . Selepas itu Azman hanya terus mencuri untuk memandang gadis tersebut . Tanpa Azman sedari gadis tersebut mempunyai perasaan yang sama .

Sudah sebulan Azman berulang alik ke fakulti . Hari demi hari sudah mula timbul pelbagai masalah perhubungan dengan kekasihnya iaitu Ema . Ema adalah seorang gadis yang satu tahun lebih muda dari Azman , cerdik , menawan , berada tetapi mempunyai keluarga yang kurang memberikan perhatian terhadapnya . Kekasihnya terlalu mengikutkan perasaan cemburu dan mula tidak mempercayai Azman . Azman dimarahi , dicaci tetapi Azman hanya mampu bersabar demi untuk menjaga perhubungan yang lebih setengah tahun besama . 

Azman adalah seorang pemuda yang tidak pernah bercinta dan ini adalah hubungan yang pertama dalam hidupnya . Azman begitu tertekan dengan sikap Ema sehingga adakalanya dia terasa ingin menamatkan pelajaran . Ema sering meminta Azman untuk meninggalkan Ema tetapi Azman berkeras kerana jauh disudut hati Azman terlalu menyayangi Ema dan Ingin menjaga Ema memandangan keluarga Ema yang sedemikian . Ema juga seorang gadis yang mudah dipengaruhi itulah yang sering merisaukan Azman . Sungguh pun Azman terlalu mengambil berat tentang Ema tetapi Ema sendiri tidak mahu jaga sebegitu . Demi menjaga perhubungan nya Azman terpaksa adakalnya menjauhkan diri daripada Ema . 

Bersambung . . .





No comments:

Post a Comment