Monday, August 29, 2011

Cinta Institusi - Episod 9

Sedutan Episod Lepas . . .

Sayang sekali , tangan Azman masih lagi belum pulih dan dilanjutkan lagi untuk dua minggu . Ini bermakna Kirana akan terus bersama Azman . Walaupun Kirana sentiasa merasakan kepedihan dan keperitan dalam menyintai Azman tetapi Kirana ketepikan itu semua . Dia masih sentiasa menemani Azman ke manapun demi mengembiran Azman . Ketika berhadapan dengan makanan , Azman akan menghadapi kesukaran . Kirana lah yang akan sedia menyuapkan makanan ke mulut Azman dengan pelbagai gurauan dan senda Kirana .

Episod 9 . . .

Kini azman semakin pulih dan tangannya juga tidak lagi berbalut . Seperti yang Kirana akan lakukan . Dia tetap dengan pendiriannya . Dia berjaya meninggalakan Azman . Kirana lakukan ini demi kerana dia terpaksa walaupun hatinya sangat berat untuk meninggalkan Azman tanpanya . Setiap masa hanya Azman yang diharapkan untuk muncul dalam kehidupannya tetapi Kirana masih tetap tabah walaupun dia terpaksa menyedari Azman bukan untuknya .

Tuhan yang Maha Esa itu sangat mengerti keadaan Kirana dimana pada semester ini jadual kelas Azman dan Kirana tidak bertembung . Maka mereka tidak akan saling bertemu apalagi membalas pandangan . Kirana sangat bersyukur untuk itu . Di suatu hari itu , pelajar harus diketemukan dan berkumpul di dewan yang sama untuk suatu taklimat penting tentang latihan Industri ( Practical ) . Kirana sangat mengerti dimana dia terpaksa menghadapi hari tersebut demi untuk masa depannya.

Perasaan gementar Kirana telah menyebabkan dia begitu tertekan . Kirana sengaja lewat menghadirkan diri . Sewaktu Kirana tiba di dewan . Dewan telah pun penuh di isi dengan segenap manusia yang lebih mudah di kategorikan sebagai pelajar . Kirana terpaksa mengambil kerusi di tempat lain lalu dibawanya ke dewan . Seperti yang dijangka kan . Apabila kirana terpandang wajah Azman . Kerusi besi yang dibawanya jatuh lalu terkena kaki Kirana dan berdarah . Kesan dari luka tersebut tidak dapat dipulihkan kerana ia telah pun menjadi parut kekal .

Hari ke sehari , bulan ke sebulan Kirana semakin tabah dan meneruskan kehidupannya seperti biasa bersama kawan-kawan yang tidak lekang bersamanya . Walaupun banyak jejaka yang cuba menghampiri Kirana tetapi Kirana tidak menerima . Kirana seakan tidak bakal percaya dengan sebarang kata atau taburan janji mahupun sekadar memberikan peluang pertama , Kirana tidak akan melayani . Kirana hanya mampu berkawan dan berterima kasih kepada mereka .  

Bersambung . . .

P/s : Ulasan dan Kritikan yang membina jer akan di terima :) peace ! 
more - nak raya ni so maybe ta dapat post la . 
mungkin drama blog ini akan bercuti the whole week tau satttuuu minggu :) Love Love , Anne .
Terima Kasih ! " Selamat Hari Raya "

No comments:

Post a Comment