Sunday, August 28, 2011

Cinta Institusi - Episod 8


Sedutan Episod Lepas . . .

Pada suatu hari , Azman telah menghubungi Kirana dan memberitahu Kirana bahawa Azman telah terlibat di dalam kemalangan . Azman patah tangan kanannya . Kirana sangat mengkuatiri keadaan Azman . Jauh disudut hati Kirana yang dia amahu menziarahi Azman apakan daya Kirana tiada wang pada ketika itu untuk bertemu Azman tambahan pula Kirana tidak pernah berada di sekitar kawasan tempat tinggal Azman dan itu telah membuatkan Kirana berasa takut untuk bergerak bersendirian .

Episod 8 . . .

Kirana hanya mampu terus mendoakan kesihatan Azman . Kirana cuba bertanyakan kepada Azman adakah Ema sudah datang melawatnya ? Azman menjawab Ema masih belum melawatnya . Sangat memilukan hati Kirana apabila keesokan harinya Kirana terlihat gambar Ema melawat Azman . Kirana rasa tertipu dan terus diam terpaku lagi . Dek kerana kurang berhubung seperti selalu Azman dan Kirana telah pun dianggap tiada hungan lagi pada ketika itu .

Bulan semakin mencemburui percutian semester kami . Semester baru akan tiba . Pelbagai persiapan telah dilakukan . Kirana amat mengkhuatiri keadaan Azman yang akan mendaftarkan diri dan menjalani kehidupan sendiri dengan tangan nya yang disimen kemas dari pergelangan ke siku serta beralaskan kain anduh yang diikat dileher . Persoalan yang timbul di minda Kirana . Mampukah Azman melewati harinya tanpa bantuan sesiapa .

Pada mulanya , Kirana berazam dan betekad tidak akan menerima Azman untuk kembali dalam kehidupanya tetapi hakikatknya Kirana bukanlah gadis yang sanggup melihat kawannya di dalam kesusahan . Apa lagi Kirana sendiri pernah merasai pengalaman tangannya yang patah . Azman menghubungi Kirana lalu Kirana memberi respon yang positif . Pada hujung minggu mereka akan berjanji akan pulang bersama . Jika sebelum ini Azman lah yang sering membantu Kirana tetapi berlainan pula kali ini Kirana yang akan membawa beg Azman . Hakikat kata hati Kirana inilah kali terakhir dia akan membantu Azman dan berhubung dengan nya . Kirana hanya ingin membantu Azman memandangkan azman pulang untuk membuka simen di tangannya itu . 

Sayang sekali jawapan untuk Azman setelah berjumpa doktornya . Tangan Azman masih lagi belum pulih dan dilanjutkan lagi untuk dua minggu . Ini bermakana Kirana akan terus bersama Azman . Walaupun Kirana sentiasa merasakan kepedihan dan keperitan dalam menyintai Azman tetapi Kirana ketepikan itu semua . Dia masih sentiasa menemani Azman ke manapun demi mengembiran Azman . Ketika berhadapan dengan makanan , Azman akan menghadapi kesukaran . Kirana lah yang akan sedia menyuapkan makanan ke mulut Azman dengan pelbagai gurauan dan senda Kirana . 

Bersambung . . .

Nantikan Episod seterusnya okay . . . Sedia menerima sebarang kritikan yang membina :)

No comments:

Post a Comment