Saturday, August 27, 2011

Cinta Institusi - Episod 7

Sedudatan dari Episod yang lepas . . .

Pada suatu malam , Azman memberitahu kepada Kirana bahawa dia di dalam kesempitan dan kerunsingan dimana Ema terus mendesak untuk meninggalkannya . Maka demi Ema dan Kirana , Azman mengundur diri dan meninggalkan Ema seperti yang di inginkan . Kirana lah yang sentiasa berada di samping Azman dan mendengar rintahannya . Kirana benar-benar mempercayai bahawa Azman dan Ema sudah tidak berhubungan sehingga kan tiga hari selepas itu Azman dan Kirana keluar bersiar-siar di taman . Ema menghantar teks pesanan ringkas dan Azman membalasnya . Kekecewaan Kirana telah menyebabkan Kirana bertindak untuk terus pulang ke hostelnya . Diperjalan pulang Kirana terus bertanyakan soalan tentang perhubungan Azman dan Ema . Namun , Azman enggan menjawab . Kirana mendesak dan terus mendesak sehinggakan Azman mengatakan dia terpaksa menipu dan bersikap tidak jujur kepada Kirana kerana takut melukakan hati Kirana lalu Kirana meninggalkannya . Apabila mendapat tahu hal tersebut , Kirana benar rasa tertipu oleh Azman . Kirana mendiamkan diri untuk empat hari .

Episod 7 . . . 

Kirana kembali menghubungi Azman kerana bimbang akan Azman . Hubungan Azman dan Kirana berlanjutan dan semakin akrab kerana Ema tidak mahu di ganggu oleh Azman sementara dia akan menjalani ujian SPM tahun tersebut . Mereka sering menghabiskan masa terluang bersama seperti mengulangkaji pelajaran , bersiar-siar di taman . Azman juga sering menemani Kirana untuk ke pasar malam atau keluar membeli makanan . Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur mereka akan pulang menaiki bas bersama . Azman sentiasa akan memastikan Kirana dalam keadaan yang selesa dan selamat dikala berada disamping Azman .

Peperiksaan Akhir Semester semester satu sudah pun tamat . Kirana dan Azman akan pulang ke rumah masing-masing untuk berehat dan bercuti sebulan semperna cuti semester . Walaupun Azman dan Kirana berjauhan tetapi itu bukan penghalang untuk mereka meneruskan perhubungan . Mereka masih lagi berjumpa sekali sekala dan menonton wayang bersama .

Pada suatu ketika , Kirana merasakan Azman telah mengalami perubahan . Kirana mengeshaki bahawa Azman tidak memerlukannya lagi kerana mereka jarang berhubung adakalanya hanya berhubung untuk tiga hari sekali . Kirana juga beranggapan bahawa Azman sudah selesa berada di samping Ema yang sudah selesai menjalani SPM . Kirana tetap bersabar dan menjalani kehidupannya .

Pada suatu hari , Azman telah menghubungi Kirana dan memberitahu Kirana bahawa Azman telah terlibat di dalam kemalangan . Azman patah tangan kanannya . Kirana sangat mengkuatiri keadaan Azman . Jauh disudut hati Kirana yang dia amahu menziarahi Azman apakan daya Kirana tiada wang pada ketika itu untuk bertemu Azman tambahan pula Kirana tidak pernah berada di sekitar kawasan tempat tinggal Azman dan itu telah membuatkan Kirana berasa takut untuk bergerak bersendirian . 

Bersambung . . . 

p/s : sila tunggu episod akan datang kay . sebarang ulasan dan hanya kritikan yang membina sahaja akan diterima . terima kasih :)

No comments:

Post a Comment