Friday, August 26, 2011

Cinta Institusi - Episod 6

Episod terdahulu . . .

Krisis berlaku lagi apabila Ema sudah mengetahui perihal perhubungan Azman dan Kirana apabila diberitahu oleh kenalan Azman yang sering melihat laman sosial Azman . Demi menyelamatkan hubungan Azman dan Ema . Sekali lagi Kirana terpaksa berkorban statusnya sebagai seorang kekasih Azman . Azman terpaksa menafikan hubungan Azman dan Kirana . Azman berkeras dan mengatakan Kirana hanyalah kenalan biasa di fakultinya . Kirana terpaksa akur dengan jawapan Azman tersebut.

Episod  6 . . .

Kini , Azman dan Kirana kembali dan trus bersama . Mereka menjalani kehidupan sebagai sepasang kekasih . Pada kali ini Kirana sudah berbeza . Kalau sebelum ini Kirana mampu menerima luahan hati Azman tentang hubungan pertamanya dengan hati terbuka tetapi kini Kirana hanya mampu mendengar dan memendam rasa . Sudah menjadi kemestian bagi Kirana apabila Azman menceritakan tentang masalah perhubungan nya Kirana akan mengalirkan air matanya . Kirana terpaksa bersabar , akur dan menerima kerana menyedari dirinya hanyalah yang kedua . Tidak dapat dinafikan ada kalanya Kirana merasakan dirinya hanya hanya sebagai peneman dan bukan kekasih . Bagi Kirana , Azman tidak seharusnya kerap menceritakan setiap malam masalah mereka kerana Kirana juga seorang kekasih Azman . Kirana terus bersabar dan tabah .

Pada suatu malam , Azman memberitahu kepada Kirana bahawa dia di dalam kesempitan dan kerunsingan dimana Ema terus mendesak untuk meninggalkannya . Maka demi Ema dan Kirana , Azman mengundur diri dan meninggalkan Ema seperti yang di inginkan . Kirana lah yang sentiasa berada di samping Azman dan mendengar rintahannya . 

Kirana benar-benar mempercayai bahawa Azman dan Ema sudah tidak berhubungan sehingga kan tiga hari selepas itu Azman dan Kirana keluar bersiar-siar di taman . Ema menghantar teks pesanan ringkas dan Azman membalasnya . Kekecewaan Kirana telah menyebabkan Kirana bertindak untuk terus pulang ke hostelnya . Diperjalan pulang Kirana terus bertanyakan soalan tentang perhubungan Azman dan Ema . 

Namun , Azman enggan menjawab . Kirana mendesak dan terus mendesak sehinggakan Azman mengatakan dia terpaksa menipu dan bersikap tidak jujur kepada Kirana kerana takut melukakan hati Kirana lalu Kirana meninggalkannya . Apabila mendapat tahu hal tersebut , Kirana benar rasa tertipu oleh Azman . Kirana mendiamkan diri untuk empat hari .

Bersambung . . .

Nantikan Episod seterusnya . . Insyaallah . . 

P/z : menerima sebarang ulasan dan kritikan yang membina sahaja :)


Iklan :)

No comments:

Post a Comment