Thursday, August 25, 2011

Cinta Institusi - Episod 5


Sedutan Episod Lepas . . .

Kini , Kirana idak lagi bersendirian kerana banyak lagi hati yang terus ingin mendampingi Kirana . Kirana hanya mampu berkahwan walaupun banyak lagi lelaki lain yang ingin menjadi kekasih Kirana . Pelbagai bukti dan cara untuk memikat Kirana supaya menjadi kekasih mereka tetapi Kirana tetap dengan pendiriannya hanya ingin bekahwan . Kirana hanya mampu berterima kasih atas segala pengorbanan para jejaka yang telah berusaha untuk mendapatkan cintanya . Jauh disudut hati Kirana dia mempunyai alasan yang kukuh . Dimana dia terpaksa menolak cinta para jejaka tersebut kerana hati nya hanya untuk Azman . Kirana juga tdak mahu menerima mereka kerana bimbang Kirana tidak dapat membalas cinta mereka terhadap Kirana . Walaupun Azman masih menghubungi kirana tetapi Kirana terpaksa tabah dan cekal supaya dia tidak kembali bersam Azman . Demi menjaga hati semua pihak , Kirana terus meninggalkan mereka semua dan memilih untuk bersendirian kembali . 

Episod 5 . . .


Pada ketika itu , hanya Allah sahaja yang tahu bertapa peritnya hati seorang perindu . Di setiap malam Kirana akan mengalirkan air matanya . Adakalanya dia seolah membenci Azman yang di takdirkan untuk nya pada waktu itu . Kirana yang terus mengingati Azman tanpa henti begitulah juga buat Azman yang tersepit diantara dua gadis . Sejak akhir ini , Azman dan Kirana sering teserempak diantara satu sama lain . Mereka akan segera mengalihkan pandangan masing-masing .

Pada laman sosialnya Azman sering menghantar kata-kata puisi cinta sedih yang mampu membuatkan si pembaca tertarik . Dari situ Kirana sangat mengasihani dan dapat merasakan Azman perlukan semangat untuk terus menjalani kehidupan hariannya  yang membuatkan Kirana rasa terpanggil untuk kembali menemani Azman . Kebetulan banyak mesej peribadi yang ditinggalkan Azman untuk Kirana lalu Kirana membalasnya dengan hati terbuka . Kini , mereka semakin menjadi rapat kembali dan sememangnya jauh lebih rapat dari yang sebelumnya . Azman terus menceritakan masalahnya pada Kirana .

Krisis berlaku lagi apabila Ema sudah mengetahui perihal perhubungan Azman dan Kirana apabila diberitahu oleh kenalan Azman yang sering melihat laman sosial Azman . Demi menyelamatkan hubungan Azman dan Ema . Sekali lagi Kirana terpaksa berkorban statusnya sebagai seorang kekasih Azman . Azman terpaksa menafikan hubungan Azman dan Kirana . Azman berkeras dan mengatakan Kirana hanyalah kenalan biasa di fakultinya . Kirana terpaksa akur dengan jawapan Azman tersebut.

Bwesambung . . .

p/s : sebarang ulasan dan kritikan yang membina dialu-alukan :)

No comments:

Post a Comment