Wednesday, August 24, 2011

Cinta Institusi - Episod 4

Sedutan Episod Lepas . . .

Sudah lebih kurang seminggu mereka saling menghubungi di laman social tersebut . Azman memberitahu Kirana bahawa selepas ini Azman tidak dapat selalu menghubungi Kirana di laman sosial tersebut kerana sibuk dengan tugasan dan kuliah . Azman meminta nombor telefon bimbit Kirana supaya mereka lebih mudah untuk berhubung tetapi Kirana enggan memberi kerana bimbang Azman seorang yang telah dimiliki. Azman sendiri meninggalakan nombor telefon bimbitnya pada Kirana . Hampir seminggu Azman cuba meminta Kirana segera menghubunginya barulah Kirana menghantar pesanan ringkas sms di telefon bimbit Azman .



Episod 4 . . .

Setelah mereka lebih mudah menghubungi Azman sering menghubungi Kirana . Azman sering meceritakan kisah suka dukanya pada Kirana . Hari ke sehari mereka menjadi lebih rapat sehinggakan cinta dan kasih sayang mereka terbentuk lalu mereka bersatu menjadi pasangan kekasih rahsia . Kirana sanggup menjadi kekasih kedua kepada Azman tanpa memikir panjang pada waktu itu kerana dia tidak mahu melihat Azman merasa murung dan tertekan . Kirana lah yang sering menenangkan Azman dikala kekasih pertamanya itu memberi beban terhadap dirinya . Walaupun dalam perhubungan Kirana tidak pernah dilihat bersama Azman pada ketika itu . Lama kelamaan , Kirana enggan melayani panggilan mahupun sms Azman kerana bimbang hubungan tersebut akan berlanjutan . Walauun berat Kirana menbuat keputuan demi memahami hati Ema . Kirana mengendahkan Azman supaya dia akan kembali mencari keharmonian dalam perhubungan pertamanya itu . Hubungan Kirana an Azman tergantung tiada bertali .

Kini , Kirana idak lagi bersendirian kerana banyak lagi hati yang terus ingin mendampingi Kirana . Kirana hanya mampu berkahwan walaupun banyak lagi lelaki lain yang ingin menjadi kekasih Kirana . Pelbagai bukti dan cara untuk memikat Kirana supaya menjadi kekasih mereka tetapi Kirana tetap dengan pendiriannya hanya ingin bekahwan . Kirana hanya mampu berterima kasih atas segala pengorbanan para jejaka yang telah berusaha untuk mendapatkan cintanya . Jauh disudut hati Kirana dia mempunyai alasan yang kukuh . Dimana dia terpaksa menolak cinta para jejaka tersebut kerana hati nya hanya untuk Azman . Kirana juga tdak mahu menerima mereka kerana bimbang Kirana tidak dapat membalas cinta mereka terhadap Kirana . Walaupun Azman masih menghubungi kirana tetapi Kirana terpaksa tabah dan cekal supaya dia tidak kembali bersam Azman . Demi menjaga hati semua pihak , Kirana terus meninggalkan mereka semua dan memilih untuk bersendirian kembali . 

Bersambung . . .

p/s : bersedia menerima sebarang komen / kritikan yang membina dan ulasan  :)

No comments:

Post a Comment