Tuesday, August 23, 2011

Cinta Institusi - Episod 3

Sedutan Episod Yang Lepas . . .

Azman adalah seorang pemuda yang tidak pernah bercinta dan ini adalah hubungan yang pertama dalam hidupnya . Azman begitu tertekan dengan sikap Ema sehingga adakalanya dia terasa ingin menamatkan pelajaran . Ema sering meminta Azman untuk meninggalkan Ema tetapi Azman berkeras kerana jauh disudut hati Azman terlalu menyayangi Ema dan Ingin menjaga Ema memandangan keluarga Ema yang sedemikian . Ema adalah Demi menjaga perhubungan nya Azman terpaksa adakalnya menjauhkan diri daripada Ema . 

Episod 3 . . .

Pada suatu malam Azman telah ke kafe siber untuk membuat tugasan kelas dan sambil mengakses internet dan membuka laman sosialnya  .  Dek rindu yang mendalam pada keluarga dan rakan lamanya Azman terus menghantar kata-kata pada mereka . Pada waktu itulah Azman telah Berjaya menemukan gadis  yang  berjaya menarik perhatiannya itu . Azman terus menghantar pesanan berkahwan . Kebetulan gadis tersebut sedang online dengan kemudahannya sendiri.

Tanpa menunggu lagi , Azmana terus menghantar mesej untuk berkahwan dengan lebih rapat . Gadis tersebut bernama Kirana . Kirana adalah seorang gadis bujang yang ceria dan mudah di dekati . Kirana juga antara gadis yang mendapat perhatian dan penuntut di IPTA tersebut . Kirana membalas mesej Azman dan mengatakan hasrat sudi untuk berkahwan dengan Azman tetapi bimbang kekasih Azman akan mendapat tahu , lalu memarahi Kirana , kelak . Azman hanya mengatakan usah bimbang kerana kita hanya berkahwan . Azman dan Kirana mula mengenali masing-masing .

Sudah lebih kurang seminggu mereka saling menghubungi di laman social tersebut . Azman memberitahu Kirana bahawa selepas ini Azman tidak dapat selalu menghubungi Kirana di laman sosial tersebut kerana sibuk dengan tugasan dan kuliah . Azman meminta nombor telefon bimbit Kirana supaya mereka lebih mudah untuk berhubung tetapi Kirana enggan memberi kerana bimbang Azman seorang yang telah dimiliki. Azman sendiri meninggalakan nombor telefon bimbitnya pada Kirana . Hampir seminggu Azman cuba meminta Kirana segera menghubunginya barulah Kirana menghantar pesanan ringkas sms di telefon bimbit Azman .

Bersambung . . . 

No comments:

Post a Comment