Sunday, August 21, 2011

Cinta Institusi - Episod 1

Assalamualaikum . salam sejahtera . 

Today I nak bercerita and cerita ni tiada kena mengena pada yang hidup atau yang telah meninggal dunia . Hanya semua kisah yang dikarang untuk  tatapan si pembaca yang murah dengan senyuman . Sorry . Agak santai / Bahasa rojak . Laju la gak . Maafkan I . So hope korang dapat hayati cerita ini dengan baik . Nantikan sambungan setiap episod okay . Sedia untuk di ulas :) terima kasih .

Al – Kisah . . .

Pada suatu hari , Azman adalah seorang jejaka yang berusia 18 tahun yang telah mendapat tawaran di satu Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA . Dia di kehendaki mendaftarkan diri pada sesi Januari 2010 . Sedang sahabat dan rakannya tersenyum gembira tetapi sebaliknya bagi Azman . Dia tidak gembira kerana dia tidak mendapat jurusan yang dia minati . Selain terpaksa meninggalkan keluarga dan kekasihnya .

Azman terus pulang kerumah dan membawa kabar ini kepada keluarganya . Azman adalah anak bongsu dari 4 adik beradik . Berita tersebut adalah kabar gembira yang dikongsi oleh seisi keluarga Azman . Azman terus diberikan kata semangat , dorongan dan galakan keluarga untuk terus menyahut cabaran dalam jurusan yang ditawarkan untuknya .

Azman telah mendaftarkan diri . Azman adalah seorang pemuda yang kacak . Jadi tidak hairanlah dihari pertama sudah banyak perhatian yang diberikan untuknya . Seperti IPTA lain , IPTA Azman tidak ketinggalan untuk mengadakan Minggu Orientasi . Azman sangat teruja untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan . Memandangkan Azman adalah seorang yang aktif dengan olahragawan dan sukan . Pada hari terakhir Minggu Orientasi semua pelajar telah diagihkan kelas masing-masing .

Bersambung . . .

No comments:

Post a Comment