Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 Khas ( the whole world ) !

11:47 AM 0 Comments
Assalamualaikum and Hi !!


So semua pun tahu insyaallah esok kita akan merayakan satu perayaan yang umum juga mengetahui . 
Hari Raya Aidilfitri 2011 ! Insyaallah .
So : Untuk yang tak tahu . Anne na cerita serba sedikit la . Raya Aidilfitri ini adalah Perayaan untuk Umat Islam yang diraikan pada bulan Syawal setelah sebulan berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan mengikut kalender Islam . Pada 1 Syawal di setiap Masjid di dunia akan mengadakan Solat Hari Raya Aidilfitri and banyak lagi amalan sunnah Rasullulallah yang kita boleh lakukan . 

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. 
8 ) kita diwajibkan membayar zakat fitrah.


So , itu la serba sedikit :)

Me ! Ain a.k.a anne mahu mengucapkan . Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 and Maaf Zahir dan Batin .
If di sepanjang penulisan dan perkenalan kita yang secara lansung and tidak lansung ni dah menguris or melukakan hati mana-mana pihak . Ampun dan maaf dipinta ! Im sorry yeah . .


So , Petang ni akan pulang brhari raya di Batu Pahat , Johor . Doakan perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik dengan selamat tau .

Family <3 relatives <3 Friends <3 Ex Boyfie <3 Malaysia <3 Social Networking Friends <3 Muslims <3 World <3 Semu semua la !!


Okey : Hati hati di Jalan raya !! Terima kasih :)

Cinta Institusi - Episod 9

10:48 AM 0 Comments
Sedutan Episod Lepas . . .

Sayang sekali , tangan Azman masih lagi belum pulih dan dilanjutkan lagi untuk dua minggu . Ini bermakna Kirana akan terus bersama Azman . Walaupun Kirana sentiasa merasakan kepedihan dan keperitan dalam menyintai Azman tetapi Kirana ketepikan itu semua . Dia masih sentiasa menemani Azman ke manapun demi mengembiran Azman . Ketika berhadapan dengan makanan , Azman akan menghadapi kesukaran . Kirana lah yang akan sedia menyuapkan makanan ke mulut Azman dengan pelbagai gurauan dan senda Kirana .

Episod 9 . . .

Kini azman semakin pulih dan tangannya juga tidak lagi berbalut . Seperti yang Kirana akan lakukan . Dia tetap dengan pendiriannya . Dia berjaya meninggalakan Azman . Kirana lakukan ini demi kerana dia terpaksa walaupun hatinya sangat berat untuk meninggalkan Azman tanpanya . Setiap masa hanya Azman yang diharapkan untuk muncul dalam kehidupannya tetapi Kirana masih tetap tabah walaupun dia terpaksa menyedari Azman bukan untuknya .

Tuhan yang Maha Esa itu sangat mengerti keadaan Kirana dimana pada semester ini jadual kelas Azman dan Kirana tidak bertembung . Maka mereka tidak akan saling bertemu apalagi membalas pandangan . Kirana sangat bersyukur untuk itu . Di suatu hari itu , pelajar harus diketemukan dan berkumpul di dewan yang sama untuk suatu taklimat penting tentang latihan Industri ( Practical ) . Kirana sangat mengerti dimana dia terpaksa menghadapi hari tersebut demi untuk masa depannya.

Perasaan gementar Kirana telah menyebabkan dia begitu tertekan . Kirana sengaja lewat menghadirkan diri . Sewaktu Kirana tiba di dewan . Dewan telah pun penuh di isi dengan segenap manusia yang lebih mudah di kategorikan sebagai pelajar . Kirana terpaksa mengambil kerusi di tempat lain lalu dibawanya ke dewan . Seperti yang dijangka kan . Apabila kirana terpandang wajah Azman . Kerusi besi yang dibawanya jatuh lalu terkena kaki Kirana dan berdarah . Kesan dari luka tersebut tidak dapat dipulihkan kerana ia telah pun menjadi parut kekal .

Hari ke sehari , bulan ke sebulan Kirana semakin tabah dan meneruskan kehidupannya seperti biasa bersama kawan-kawan yang tidak lekang bersamanya . Walaupun banyak jejaka yang cuba menghampiri Kirana tetapi Kirana tidak menerima . Kirana seakan tidak bakal percaya dengan sebarang kata atau taburan janji mahupun sekadar memberikan peluang pertama , Kirana tidak akan melayani . Kirana hanya mampu berkawan dan berterima kasih kepada mereka .  

Bersambung . . .

P/s : Ulasan dan Kritikan yang membina jer akan di terima :) peace ! 
more - nak raya ni so maybe ta dapat post la . 
mungkin drama blog ini akan bercuti the whole week tau satttuuu minggu :) Love Love , Anne .
Terima Kasih ! " Selamat Hari Raya "

Happy Birthday to you 29 August 2011 !!

10:37 AM 0 Comments
Assalamualaikum and Hye korang !!

Post untuk kali ni hum " Happy Birthday "

First of all untuk Mummy i :)

Happy Bithday mama ! <3 <3 <3
Fo My Facebook Friendza :

* Adam Haziq 
* Ayien Mirmo
* Azham Ewan
* Faisal Poisone
* Nur Atiqah 
* Nurhuda Ibrahim 
* Rara Roazmi 
* Ridzuan M. Marzuki 
* SyerEzhola 
* Zul BG-Racing

Happy Birthday tau tau !

- semoga panjang umur ad dimurahkan rezeki :)

Haa . Ni post i kat Facebook . Jeng Jeng Jeng .
Happy Birthday ♥ Happy Birthday ♥ Happy Birthday ♥ My Sweetest Mummy Ever Salmiah Daud !
Birthday Boys and Girls Friendza Adam Haziq , Ayien Mirmo , Azham Ewan , Faisal Paisone , Nur Atiqah , Nurhuda Ibrahim , Rara Roazmi , Ridzuan M. Marzuki , Syer Ezhola and Zul BG-Racing !!
Selamat Hari Raya Aidilfitri youuu All :)
Okey  itu ja . daa . Thank You .

Sunday, August 28, 2011

Cinta Institusi - Episod 8

5:06 PM 0 Comments

Sedutan Episod Lepas . . .

Pada suatu hari , Azman telah menghubungi Kirana dan memberitahu Kirana bahawa Azman telah terlibat di dalam kemalangan . Azman patah tangan kanannya . Kirana sangat mengkuatiri keadaan Azman . Jauh disudut hati Kirana yang dia amahu menziarahi Azman apakan daya Kirana tiada wang pada ketika itu untuk bertemu Azman tambahan pula Kirana tidak pernah berada di sekitar kawasan tempat tinggal Azman dan itu telah membuatkan Kirana berasa takut untuk bergerak bersendirian .

Episod 8 . . .

Kirana hanya mampu terus mendoakan kesihatan Azman . Kirana cuba bertanyakan kepada Azman adakah Ema sudah datang melawatnya ? Azman menjawab Ema masih belum melawatnya . Sangat memilukan hati Kirana apabila keesokan harinya Kirana terlihat gambar Ema melawat Azman . Kirana rasa tertipu dan terus diam terpaku lagi . Dek kerana kurang berhubung seperti selalu Azman dan Kirana telah pun dianggap tiada hungan lagi pada ketika itu .

Bulan semakin mencemburui percutian semester kami . Semester baru akan tiba . Pelbagai persiapan telah dilakukan . Kirana amat mengkhuatiri keadaan Azman yang akan mendaftarkan diri dan menjalani kehidupan sendiri dengan tangan nya yang disimen kemas dari pergelangan ke siku serta beralaskan kain anduh yang diikat dileher . Persoalan yang timbul di minda Kirana . Mampukah Azman melewati harinya tanpa bantuan sesiapa .

Pada mulanya , Kirana berazam dan betekad tidak akan menerima Azman untuk kembali dalam kehidupanya tetapi hakikatknya Kirana bukanlah gadis yang sanggup melihat kawannya di dalam kesusahan . Apa lagi Kirana sendiri pernah merasai pengalaman tangannya yang patah . Azman menghubungi Kirana lalu Kirana memberi respon yang positif . Pada hujung minggu mereka akan berjanji akan pulang bersama . Jika sebelum ini Azman lah yang sering membantu Kirana tetapi berlainan pula kali ini Kirana yang akan membawa beg Azman . Hakikat kata hati Kirana inilah kali terakhir dia akan membantu Azman dan berhubung dengan nya . Kirana hanya ingin membantu Azman memandangkan azman pulang untuk membuka simen di tangannya itu . 

Sayang sekali jawapan untuk Azman setelah berjumpa doktornya . Tangan Azman masih lagi belum pulih dan dilanjutkan lagi untuk dua minggu . Ini bermakana Kirana akan terus bersama Azman . Walaupun Kirana sentiasa merasakan kepedihan dan keperitan dalam menyintai Azman tetapi Kirana ketepikan itu semua . Dia masih sentiasa menemani Azman ke manapun demi mengembiran Azman . Ketika berhadapan dengan makanan , Azman akan menghadapi kesukaran . Kirana lah yang akan sedia menyuapkan makanan ke mulut Azman dengan pelbagai gurauan dan senda Kirana . 

Bersambung . . .

Nantikan Episod seterusnya okay . . . Sedia menerima sebarang kritikan yang membina :)

SPA & SALOON ( Penjara Wanita Kajang )

5:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum .

Ni post ringkas and nak share dengan korang .

Ni baru jer balik dari " SPA Penjara Wanita Kajang "

Bersama Aunty ( Alang ) Atikah ( Adik ) .

Best korang should try la and compare sendiri . 

Pengalaman tu yang sangat berharga beb .

1 . Dapat masuk kawasan penjara .

2 . Lihat persekitaran .

3 . Beramah mesra dengan mereka . ( Sebaya jer lebih kurang dengan i 8 , 9 belasan and 2 puluh )

senang cita . sape belum try u should try la ek .

Alang : Spa 
Ain : Hair Treatment and Trim 
Atikah : Manicure / Pedicure 

terkini : 28 August 2011 


Thanks alang belanja yek . Hee . Nanti boley teman alang lagi . 

Rest N Go - GinteLL ! Best .

4:51 PM 0 Comments
Assalamualaikum and salam 1 Malaysia .

huh . 
macam biasa . 
lepak la kat Centrepoint Bandar Utama . 
Ni keja nya . 

Selepas melayani tetamu di Majlis berbuka puasa tadi :) 

Aloelololo . post before ni ada . lalalalala .

oleh : Nur Hafiz ( Tunangan Kakak )

Raya punya deco ke Chinese New Year ni ??

Ada Aku Kesah Orang Nak Pandang . Hee ( Kesah ! )

Dah Kenapa .
So . Kan betol . I ni kalau da selekeh memang selekeh abis : p

Get it rite ( selekeh ? Sempoi ? )

okay . itu saja . daaa . Terima Kasih .

Majlis Berbuka Puasa 27 August 2011 :)

4:44 PM 0 Comments
Assalamualaikum and Hai . 

So , cerita macam ni . 
semalam family ada buat majlis berbuka puasa santai . 
Ajak sikit sikit je . 
Adik beradik perempuan mama and family kakak ipar i Kak Intan :) 
So , mama masak la se sikit . 
Anda mau terjah lagi ? jom .

jamuan berbuka untuk perempuan and lelaki <3 

Adam anak buah kakak ipar i :) cute ken ken ken .
 Walaupun birthday Mama a.k.a Mak Teh 29 August :) akan tetapi hmm kasi bedal . .

kek yang di hadiah kan oleh Nurul Aida - buat sendiri ( cousin kesayangan )

Birthday Girl !!
Okay itu jea :) Thanks for terjah yekkk .

Saturday, August 27, 2011

Cinta Institusi - Episod 7

10:04 AM 0 Comments
Sedudatan dari Episod yang lepas . . .

Pada suatu malam , Azman memberitahu kepada Kirana bahawa dia di dalam kesempitan dan kerunsingan dimana Ema terus mendesak untuk meninggalkannya . Maka demi Ema dan Kirana , Azman mengundur diri dan meninggalkan Ema seperti yang di inginkan . Kirana lah yang sentiasa berada di samping Azman dan mendengar rintahannya . Kirana benar-benar mempercayai bahawa Azman dan Ema sudah tidak berhubungan sehingga kan tiga hari selepas itu Azman dan Kirana keluar bersiar-siar di taman . Ema menghantar teks pesanan ringkas dan Azman membalasnya . Kekecewaan Kirana telah menyebabkan Kirana bertindak untuk terus pulang ke hostelnya . Diperjalan pulang Kirana terus bertanyakan soalan tentang perhubungan Azman dan Ema . Namun , Azman enggan menjawab . Kirana mendesak dan terus mendesak sehinggakan Azman mengatakan dia terpaksa menipu dan bersikap tidak jujur kepada Kirana kerana takut melukakan hati Kirana lalu Kirana meninggalkannya . Apabila mendapat tahu hal tersebut , Kirana benar rasa tertipu oleh Azman . Kirana mendiamkan diri untuk empat hari .

Episod 7 . . . 

Kirana kembali menghubungi Azman kerana bimbang akan Azman . Hubungan Azman dan Kirana berlanjutan dan semakin akrab kerana Ema tidak mahu di ganggu oleh Azman sementara dia akan menjalani ujian SPM tahun tersebut . Mereka sering menghabiskan masa terluang bersama seperti mengulangkaji pelajaran , bersiar-siar di taman . Azman juga sering menemani Kirana untuk ke pasar malam atau keluar membeli makanan . Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur mereka akan pulang menaiki bas bersama . Azman sentiasa akan memastikan Kirana dalam keadaan yang selesa dan selamat dikala berada disamping Azman .

Peperiksaan Akhir Semester semester satu sudah pun tamat . Kirana dan Azman akan pulang ke rumah masing-masing untuk berehat dan bercuti sebulan semperna cuti semester . Walaupun Azman dan Kirana berjauhan tetapi itu bukan penghalang untuk mereka meneruskan perhubungan . Mereka masih lagi berjumpa sekali sekala dan menonton wayang bersama .

Pada suatu ketika , Kirana merasakan Azman telah mengalami perubahan . Kirana mengeshaki bahawa Azman tidak memerlukannya lagi kerana mereka jarang berhubung adakalanya hanya berhubung untuk tiga hari sekali . Kirana juga beranggapan bahawa Azman sudah selesa berada di samping Ema yang sudah selesai menjalani SPM . Kirana tetap bersabar dan menjalani kehidupannya .

Pada suatu hari , Azman telah menghubungi Kirana dan memberitahu Kirana bahawa Azman telah terlibat di dalam kemalangan . Azman patah tangan kanannya . Kirana sangat mengkuatiri keadaan Azman . Jauh disudut hati Kirana yang dia amahu menziarahi Azman apakan daya Kirana tiada wang pada ketika itu untuk bertemu Azman tambahan pula Kirana tidak pernah berada di sekitar kawasan tempat tinggal Azman dan itu telah membuatkan Kirana berasa takut untuk bergerak bersendirian . 

Bersambung . . . 

p/s : sila tunggu episod akan datang kay . sebarang ulasan dan hanya kritikan yang membina sahaja akan diterima . terima kasih :)

Friday, August 26, 2011

Cinta Institusi - Episod 6

10:44 PM 0 Comments
Episod terdahulu . . .

Krisis berlaku lagi apabila Ema sudah mengetahui perihal perhubungan Azman dan Kirana apabila diberitahu oleh kenalan Azman yang sering melihat laman sosial Azman . Demi menyelamatkan hubungan Azman dan Ema . Sekali lagi Kirana terpaksa berkorban statusnya sebagai seorang kekasih Azman . Azman terpaksa menafikan hubungan Azman dan Kirana . Azman berkeras dan mengatakan Kirana hanyalah kenalan biasa di fakultinya . Kirana terpaksa akur dengan jawapan Azman tersebut.

Episod  6 . . .

Kini , Azman dan Kirana kembali dan trus bersama . Mereka menjalani kehidupan sebagai sepasang kekasih . Pada kali ini Kirana sudah berbeza . Kalau sebelum ini Kirana mampu menerima luahan hati Azman tentang hubungan pertamanya dengan hati terbuka tetapi kini Kirana hanya mampu mendengar dan memendam rasa . Sudah menjadi kemestian bagi Kirana apabila Azman menceritakan tentang masalah perhubungan nya Kirana akan mengalirkan air matanya . Kirana terpaksa bersabar , akur dan menerima kerana menyedari dirinya hanyalah yang kedua . Tidak dapat dinafikan ada kalanya Kirana merasakan dirinya hanya hanya sebagai peneman dan bukan kekasih . Bagi Kirana , Azman tidak seharusnya kerap menceritakan setiap malam masalah mereka kerana Kirana juga seorang kekasih Azman . Kirana terus bersabar dan tabah .

Pada suatu malam , Azman memberitahu kepada Kirana bahawa dia di dalam kesempitan dan kerunsingan dimana Ema terus mendesak untuk meninggalkannya . Maka demi Ema dan Kirana , Azman mengundur diri dan meninggalkan Ema seperti yang di inginkan . Kirana lah yang sentiasa berada di samping Azman dan mendengar rintahannya . 

Kirana benar-benar mempercayai bahawa Azman dan Ema sudah tidak berhubungan sehingga kan tiga hari selepas itu Azman dan Kirana keluar bersiar-siar di taman . Ema menghantar teks pesanan ringkas dan Azman membalasnya . Kekecewaan Kirana telah menyebabkan Kirana bertindak untuk terus pulang ke hostelnya . Diperjalan pulang Kirana terus bertanyakan soalan tentang perhubungan Azman dan Ema . 

Namun , Azman enggan menjawab . Kirana mendesak dan terus mendesak sehinggakan Azman mengatakan dia terpaksa menipu dan bersikap tidak jujur kepada Kirana kerana takut melukakan hati Kirana lalu Kirana meninggalkannya . Apabila mendapat tahu hal tersebut , Kirana benar rasa tertipu oleh Azman . Kirana mendiamkan diri untuk empat hari .

Bersambung . . .

Nantikan Episod seterusnya . . Insyaallah . . 

P/z : menerima sebarang ulasan dan kritikan yang membina sahaja :)


Iklan :)

Berinai Bagai Siap :)

10:33 PM 0 Comments
Salam semua para blogger <3

huhux . tade la penting sangat post ni . just na ce citer jer . al maklum la raya nak dekat te tibe menggedik jer tangan i ni na wearing inai . bahahaha . dah la . jom nak share ade few picture :) 






ok ni kak shuba :) facebook link http://www.facebook.com/profile.php?id=1438816296 huish bagi ain dia ni superb gila me macam dia teror buat tau . part time job dia . wow . dia boley facial , meniaga online , make up for bridal , cooking , henna and lots more . 
To Kak Shuba : Wish u all the best . Ain nak tengok one day kakak terkenal gitu . :) hehe .

madah cinta . cinta ke . cinta la kott .

9:08 PM 0 Comments

Assalammualaikum Salam 1 Malaysia
( copy dari blog i yang ta berape nak aktif )
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Itu sahaja . Terima Kasih . By The Way saya nak share link ayat jiwang nie .

Thursday, August 25, 2011

Cinta Institusi - Episod 5

6:40 PM 0 Comments

Sedutan Episod Lepas . . .

Kini , Kirana idak lagi bersendirian kerana banyak lagi hati yang terus ingin mendampingi Kirana . Kirana hanya mampu berkahwan walaupun banyak lagi lelaki lain yang ingin menjadi kekasih Kirana . Pelbagai bukti dan cara untuk memikat Kirana supaya menjadi kekasih mereka tetapi Kirana tetap dengan pendiriannya hanya ingin bekahwan . Kirana hanya mampu berterima kasih atas segala pengorbanan para jejaka yang telah berusaha untuk mendapatkan cintanya . Jauh disudut hati Kirana dia mempunyai alasan yang kukuh . Dimana dia terpaksa menolak cinta para jejaka tersebut kerana hati nya hanya untuk Azman . Kirana juga tdak mahu menerima mereka kerana bimbang Kirana tidak dapat membalas cinta mereka terhadap Kirana . Walaupun Azman masih menghubungi kirana tetapi Kirana terpaksa tabah dan cekal supaya dia tidak kembali bersam Azman . Demi menjaga hati semua pihak , Kirana terus meninggalkan mereka semua dan memilih untuk bersendirian kembali . 

Episod 5 . . .


Pada ketika itu , hanya Allah sahaja yang tahu bertapa peritnya hati seorang perindu . Di setiap malam Kirana akan mengalirkan air matanya . Adakalanya dia seolah membenci Azman yang di takdirkan untuk nya pada waktu itu . Kirana yang terus mengingati Azman tanpa henti begitulah juga buat Azman yang tersepit diantara dua gadis . Sejak akhir ini , Azman dan Kirana sering teserempak diantara satu sama lain . Mereka akan segera mengalihkan pandangan masing-masing .

Pada laman sosialnya Azman sering menghantar kata-kata puisi cinta sedih yang mampu membuatkan si pembaca tertarik . Dari situ Kirana sangat mengasihani dan dapat merasakan Azman perlukan semangat untuk terus menjalani kehidupan hariannya  yang membuatkan Kirana rasa terpanggil untuk kembali menemani Azman . Kebetulan banyak mesej peribadi yang ditinggalkan Azman untuk Kirana lalu Kirana membalasnya dengan hati terbuka . Kini , mereka semakin menjadi rapat kembali dan sememangnya jauh lebih rapat dari yang sebelumnya . Azman terus menceritakan masalahnya pada Kirana .

Krisis berlaku lagi apabila Ema sudah mengetahui perihal perhubungan Azman dan Kirana apabila diberitahu oleh kenalan Azman yang sering melihat laman sosial Azman . Demi menyelamatkan hubungan Azman dan Ema . Sekali lagi Kirana terpaksa berkorban statusnya sebagai seorang kekasih Azman . Azman terpaksa menafikan hubungan Azman dan Kirana . Azman berkeras dan mengatakan Kirana hanyalah kenalan biasa di fakultinya . Kirana terpaksa akur dengan jawapan Azman tersebut.

Bwesambung . . .

p/s : sebarang ulasan dan kritikan yang membina dialu-alukan :)

Wednesday, August 24, 2011

Cinta Institusi - Episod 4

10:41 PM 0 Comments
Sedutan Episod Lepas . . .

Sudah lebih kurang seminggu mereka saling menghubungi di laman social tersebut . Azman memberitahu Kirana bahawa selepas ini Azman tidak dapat selalu menghubungi Kirana di laman sosial tersebut kerana sibuk dengan tugasan dan kuliah . Azman meminta nombor telefon bimbit Kirana supaya mereka lebih mudah untuk berhubung tetapi Kirana enggan memberi kerana bimbang Azman seorang yang telah dimiliki. Azman sendiri meninggalakan nombor telefon bimbitnya pada Kirana . Hampir seminggu Azman cuba meminta Kirana segera menghubunginya barulah Kirana menghantar pesanan ringkas sms di telefon bimbit Azman .



Episod 4 . . .

Setelah mereka lebih mudah menghubungi Azman sering menghubungi Kirana . Azman sering meceritakan kisah suka dukanya pada Kirana . Hari ke sehari mereka menjadi lebih rapat sehinggakan cinta dan kasih sayang mereka terbentuk lalu mereka bersatu menjadi pasangan kekasih rahsia . Kirana sanggup menjadi kekasih kedua kepada Azman tanpa memikir panjang pada waktu itu kerana dia tidak mahu melihat Azman merasa murung dan tertekan . Kirana lah yang sering menenangkan Azman dikala kekasih pertamanya itu memberi beban terhadap dirinya . Walaupun dalam perhubungan Kirana tidak pernah dilihat bersama Azman pada ketika itu . Lama kelamaan , Kirana enggan melayani panggilan mahupun sms Azman kerana bimbang hubungan tersebut akan berlanjutan . Walauun berat Kirana menbuat keputuan demi memahami hati Ema . Kirana mengendahkan Azman supaya dia akan kembali mencari keharmonian dalam perhubungan pertamanya itu . Hubungan Kirana an Azman tergantung tiada bertali .

Kini , Kirana idak lagi bersendirian kerana banyak lagi hati yang terus ingin mendampingi Kirana . Kirana hanya mampu berkahwan walaupun banyak lagi lelaki lain yang ingin menjadi kekasih Kirana . Pelbagai bukti dan cara untuk memikat Kirana supaya menjadi kekasih mereka tetapi Kirana tetap dengan pendiriannya hanya ingin bekahwan . Kirana hanya mampu berterima kasih atas segala pengorbanan para jejaka yang telah berusaha untuk mendapatkan cintanya . Jauh disudut hati Kirana dia mempunyai alasan yang kukuh . Dimana dia terpaksa menolak cinta para jejaka tersebut kerana hati nya hanya untuk Azman . Kirana juga tdak mahu menerima mereka kerana bimbang Kirana tidak dapat membalas cinta mereka terhadap Kirana . Walaupun Azman masih menghubungi kirana tetapi Kirana terpaksa tabah dan cekal supaya dia tidak kembali bersam Azman . Demi menjaga hati semua pihak , Kirana terus meninggalkan mereka semua dan memilih untuk bersendirian kembali . 

Bersambung . . .

p/s : bersedia menerima sebarang komen / kritikan yang membina dan ulasan  :)

Tuesday, August 23, 2011

Cinta Institusi - Episod 3

11:27 PM 0 Comments
Sedutan Episod Yang Lepas . . .

Azman adalah seorang pemuda yang tidak pernah bercinta dan ini adalah hubungan yang pertama dalam hidupnya . Azman begitu tertekan dengan sikap Ema sehingga adakalanya dia terasa ingin menamatkan pelajaran . Ema sering meminta Azman untuk meninggalkan Ema tetapi Azman berkeras kerana jauh disudut hati Azman terlalu menyayangi Ema dan Ingin menjaga Ema memandangan keluarga Ema yang sedemikian . Ema adalah Demi menjaga perhubungan nya Azman terpaksa adakalnya menjauhkan diri daripada Ema . 

Episod 3 . . .

Pada suatu malam Azman telah ke kafe siber untuk membuat tugasan kelas dan sambil mengakses internet dan membuka laman sosialnya  .  Dek rindu yang mendalam pada keluarga dan rakan lamanya Azman terus menghantar kata-kata pada mereka . Pada waktu itulah Azman telah Berjaya menemukan gadis  yang  berjaya menarik perhatiannya itu . Azman terus menghantar pesanan berkahwan . Kebetulan gadis tersebut sedang online dengan kemudahannya sendiri.

Tanpa menunggu lagi , Azmana terus menghantar mesej untuk berkahwan dengan lebih rapat . Gadis tersebut bernama Kirana . Kirana adalah seorang gadis bujang yang ceria dan mudah di dekati . Kirana juga antara gadis yang mendapat perhatian dan penuntut di IPTA tersebut . Kirana membalas mesej Azman dan mengatakan hasrat sudi untuk berkahwan dengan Azman tetapi bimbang kekasih Azman akan mendapat tahu , lalu memarahi Kirana , kelak . Azman hanya mengatakan usah bimbang kerana kita hanya berkahwan . Azman dan Kirana mula mengenali masing-masing .

Sudah lebih kurang seminggu mereka saling menghubungi di laman social tersebut . Azman memberitahu Kirana bahawa selepas ini Azman tidak dapat selalu menghubungi Kirana di laman sosial tersebut kerana sibuk dengan tugasan dan kuliah . Azman meminta nombor telefon bimbit Kirana supaya mereka lebih mudah untuk berhubung tetapi Kirana enggan memberi kerana bimbang Azman seorang yang telah dimiliki. Azman sendiri meninggalakan nombor telefon bimbitnya pada Kirana . Hampir seminggu Azman cuba meminta Kirana segera menghubunginya barulah Kirana menghantar pesanan ringkas sms di telefon bimbit Azman .

Bersambung . . . 

Monday, August 22, 2011

Cinta Institusi - Episod 2

10:37 PM 0 Comments
Sedutan episod lepas . . .

Azman telah mendaftarkan diri . Azman adalah seorang pemuda yang kacak . Jadi tidak hairanlah dihari pertama sudah banyak perhatian yang diberikan untuknya . Seperti IPTA lain , IPTA Azman tidak ketinggalan untuk mengadakan Minggu Orientasi . Azman sangat teruja untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan . Memandangkan Azman adalah seorang yang aktif dengan olahragawan dan sukan . Pada hari terakhir Minggu Orientasi semua pelajar telah diagihkan kelas masing-masing .

Episod 2 . . .


Hari pertama Azman di dalam kelas . Pada hari pertama pelajar baru setiap jurusan akan didedahkan dan diberi penerangan tentang fakulti masing-masing . Pada hari tersebut Azman memberi sepenuh perhatian . Di sebelah sudut ada seorang gadis yang telah membuat Azman rasa terpanggil untuk melihatnya . Azman seolah-olah merasakan sesuatu dan membuat dirinya ingin mendekati gadis tersebut . Selepas itu Azman hanya terus mencuri untuk memandang gadis tersebut . Tanpa Azman sedari gadis tersebut mempunyai perasaan yang sama .

Sudah sebulan Azman berulang alik ke fakulti . Hari demi hari sudah mula timbul pelbagai masalah perhubungan dengan kekasihnya iaitu Ema . Ema adalah seorang gadis yang satu tahun lebih muda dari Azman , cerdik , menawan , berada tetapi mempunyai keluarga yang kurang memberikan perhatian terhadapnya . Kekasihnya terlalu mengikutkan perasaan cemburu dan mula tidak mempercayai Azman . Azman dimarahi , dicaci tetapi Azman hanya mampu bersabar demi untuk menjaga perhubungan yang lebih setengah tahun besama . 

Azman adalah seorang pemuda yang tidak pernah bercinta dan ini adalah hubungan yang pertama dalam hidupnya . Azman begitu tertekan dengan sikap Ema sehingga adakalanya dia terasa ingin menamatkan pelajaran . Ema sering meminta Azman untuk meninggalkan Ema tetapi Azman berkeras kerana jauh disudut hati Azman terlalu menyayangi Ema dan Ingin menjaga Ema memandangan keluarga Ema yang sedemikian . Ema juga seorang gadis yang mudah dipengaruhi itulah yang sering merisaukan Azman . Sungguh pun Azman terlalu mengambil berat tentang Ema tetapi Ema sendiri tidak mahu jaga sebegitu . Demi menjaga perhubungan nya Azman terpaksa adakalnya menjauhkan diri daripada Ema . 

Bersambung . . .





Sunday, August 21, 2011

Cinta Institusi - Episod 1

9:48 PM 0 Comments
Assalamualaikum . salam sejahtera . 

Today I nak bercerita and cerita ni tiada kena mengena pada yang hidup atau yang telah meninggal dunia . Hanya semua kisah yang dikarang untuk  tatapan si pembaca yang murah dengan senyuman . Sorry . Agak santai / Bahasa rojak . Laju la gak . Maafkan I . So hope korang dapat hayati cerita ini dengan baik . Nantikan sambungan setiap episod okay . Sedia untuk di ulas :) terima kasih .

Al – Kisah . . .

Pada suatu hari , Azman adalah seorang jejaka yang berusia 18 tahun yang telah mendapat tawaran di satu Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA . Dia di kehendaki mendaftarkan diri pada sesi Januari 2010 . Sedang sahabat dan rakannya tersenyum gembira tetapi sebaliknya bagi Azman . Dia tidak gembira kerana dia tidak mendapat jurusan yang dia minati . Selain terpaksa meninggalkan keluarga dan kekasihnya .

Azman terus pulang kerumah dan membawa kabar ini kepada keluarganya . Azman adalah anak bongsu dari 4 adik beradik . Berita tersebut adalah kabar gembira yang dikongsi oleh seisi keluarga Azman . Azman terus diberikan kata semangat , dorongan dan galakan keluarga untuk terus menyahut cabaran dalam jurusan yang ditawarkan untuknya .

Azman telah mendaftarkan diri . Azman adalah seorang pemuda yang kacak . Jadi tidak hairanlah dihari pertama sudah banyak perhatian yang diberikan untuknya . Seperti IPTA lain , IPTA Azman tidak ketinggalan untuk mengadakan Minggu Orientasi . Azman sangat teruja untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan . Memandangkan Azman adalah seorang yang aktif dengan olahragawan dan sukan . Pada hari terakhir Minggu Orientasi semua pelajar telah diagihkan kelas masing-masing .

Bersambung . . .

Thursday, August 18, 2011

18 august 2011 :) auuuchaaa .

11:40 PM 0 Comments

assalamualaikum . hai . 
humm . today ? Entah . 
Haa , tadi papa amik la balik dari kerja erk . pastu papa gi kedai . then ternampak tuan punya kedai tu buka bendera Malaysia untuk digantikan yang baru . 
wah papa dengan semangat nya terus tolong panjat . 
ain pun curi snap la . yahoo .
Papa !! humm bendera ? kat rumah ain . sebulan lalu da pasang .
yerla NATIONAL DAY 31 AUGUST 2011 :)

papa and cik buang :)
hafiz tunjuk pic yang dia edit :) 
wow i like . na tengok ? 
ha ni da upload kat facebook pun . 
check it out yeah . 

thanks hafis :)

17 Ogos 2011 :)

11:30 PM 0 Comments
Assalamualaikum . Hi :) 

hehehe . masih lagi di One Utama . Kepada keng kawan yang jauh belajar yang kunun kunun di perantauan . yang rindu kat one utama ni . ni I ada bawa one utama semakin dekat di hati anda . Bukan tanak gi curve ke ikano ke tesco or what else yang berdekatan . Just I memang suka one utama ok . ahax’ I sendiri harap post ni akan jadi pengubat rindu dikala I kembali menyanbung pelajaran di hutan hutanan tu nanti . kali ni lepak Mcd pulak . time tengah post ni kakak na abang hafiz still kat ou lagi . buat apa la ken . I ta ikot lak kali ni . Dok rumah la . adoi esok keja . hum . keja keja . bila nak raya ni . ahax’ 

Haisz kadang kadang ain pun tak ain gak .
Lagi satu info . Jangan tunggu ou sampai 10pm kerana ou under renovation lagi kat ‘old wing’ tuh . na bagi lagi cantik and up to date sikit la . lepas 10pm terus sesak macam kat side pulak . sini sana renovate . habuk habuk ! ishhh . Tapi best gak . 



capture : nur hafiz ( tunang kakak )

burung itu cute ken ..

Tido pun kat ou dengan seliper facebook :) yehee .

Selamat Hari Raya 2011 !!

Ahaxx'
Tape everyday gi ou pun tape . suka ma . selekeh pun tada heran da . hehe .

Wednesday, August 17, 2011

Tuesday / Selasa / 16 July 2011

12:58 PM 0 Comments

asSalamualaikum / Hi Hi Hi !!

Hari ini macam malas la ken nak gi practical :) tapi hm senyum saja . 


kerana esok Selangor Holiday untuk Hari Nuzul Al-Quran . 
Yahoo . i masih lagi menuruskan projek yang sama . I enjoy it much much . 
Hehe . bila bosann da buka la Autocadd / Sketchup / Photoshop . Hee . 
Entah apa la yang I buat ken . Lalalalala . 

Ni time nak balik . Senyum terus :) 

anne's trade mark :) letak bag atas peha .
hmm . lepas buka tika ( adik kandung ku ) menyatakan hasrat nak tuka dp fb dia . kebetulan kakak dah siap jahit satin shawl i :) adik la jadi model . yeheeeee .

Hasilnya ?



Nur Atikah :) 

okay . Thats all . Selamat Berpuasa .

Monday / Isnin / 15 July 2011

12:48 PM 0 Comments

assalamualaikum / Hi :)

Monday / Isnin / 15 July 2011

Hum . nak cerita ni . lepas berbuka ken . tunang kakak ajak la gi one utama / ou la ken sebab dia nak survey camera baru . pastu apa lagi ain ni memang di siang hari ada menyatakan hasrat pada someone yang ain rindu la ken kat out u sebab ou for me bagai isi dengan kuku :) lalalala . bila dengar abg hafiz and kakak nak gi ou ? uish ON la terus . lepas buka . nek atas siap terus . ain pun nak usha kasut . malang sekali tak suka la shoppin bila suma kedai macam kabut nak tutup . hmm . so lepak KFC saja la ken . makan makan . Agak terfikir vdeo di youtube pasal KFC tp try je telan gak . Hadoi . 
Ain da try yogurt KFC tu . Korang tanak try ke ? hee . 
Check it out .




sebab nak gi ou jer ken . cincai saja ma :)
ok dah share pun . Happy !!

Saturday / Sabtu / 13 July 2011

12:43 PM 0 Comments

Assalamualaikum .

Suka hati ain la nak story bout apa kan .
okay cerita nya macam ni :) Baca tau . Ahax .

Saturday / Sabtu / 13 July 2011

Memulakan hari dengan senyuman . Ada photoshoot shawl je pun untuk butik online ni . hmm . berjalan lancar seperti yang di ingin ken . penat gila uh . korang leh check kat link http://chiquecovered.blogspot.com/

:)
 Aunty ain . Alang buat majlis berbuka puasa . Jalan ? Huish puchong ken . memang jem la  . Hadoi . Kiterang family bawa 2 kereta driver along and angah . Papa jadi penumpang kali ni . Jem pun Tape sampai dengan selamat . syukur . so mana saudara mara yang sempat hadir means hadir la . yang tak sempat na buat macam mana ken . So sangat banyak la makanan nya ! ya la family yang datang dengan juadah mereka lagi . uish bukan main banyak . nak cita ni memang best la . ringkas jer  post ni :) ahax .

ahax . tanpa make up . grr .

Papa . Along . Angah  and Abang Hafiz .

Cousin :) 
Hehe  Di perjalanan pulang ni . So ain cakap kat angah :) Macam teringin na makan Mcd . Yahoo kebetulan belum sampai rumah . Angah terus drive gi SS2 Petaling Jaya ( PJ ) kiterang order la ken . di sponsor oleh angah and kakak . Thanks . Hilang kempunan adik kau ni . Kalau kempunan je nanti – jalan kang terlanggar tong tahi . macam mana . grrr . okay la . itu jer ken .



thank you abang and kakak saya !!!!! <3 <3 <3 and korang yang baca . p/s ( Kalau ada yang baca la )

Tuesday, August 9, 2011

Practical :) i yang paling tak suke pakai tudung ariani ekin whatever tu . last sekali , time practical everyday i kebas pakai dengan pantas . lalalala . amazing ! burok gila derr .

10:58 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera J

Hi lovely blogger and stalker apa kabar ? hum .
Serious rindu nak post post new post gitu . ahax .
 malang nya nanti entah apa la yang bakal di post .
By the way . Today . I sangat bergembira untuk post and kongsikan bersama picture yang telah di snap / candid / curi / tangkap / apa apa yang sewaktu dengan nya la ken .
Oleh someone iaitu pekerja di tempat I practical ( abang mahfus ) . Thank you yek .




semua muka annoying :P

Every day I akan di ajar dengan baik sekali oleh semua pekerja .
Sedikit demi sedikit I dah mula nampak gambaran pekerjaan yang bakal I ceburi . insyaallah . amin . tolong doakan ya .
sedikit sedikit lama lama menjadi bukit .
 I akan cuba grab seboleh yang mungkin pada sesi latihan industri ini supaya mantap ilmu di dada .
Berusaha tangga kejayaan .
Kalau tidak di pecah kan ruyung manakan dapat sagu nya .
Banyak sangat benda yang I tak pernah buat I dah try buat . Heehee .
See . Tanpa mereka pekerja firm tu ken , siapa la I nie nanti .
okay . Itu jer .
Remember . Jangan jadi seperti tenggang tau . ibarat kunun kunun . Jangan lupakan jasa orang yang pernah mengajar kita walaupun sekecil zara .
Jangan asyik sibok dengan jasa kita terhadap orang , sibok la dengan jasa orang terhadap diri kita . tapi depends la . if orang yang kita da banyak buat jasa tapi macam tuut dengan kita . boleh jer mengungkit balik . agree ? tepuk dada dan tanyalah selera .
Yang penting Jasa Kepada Negara . Wah gitu ken . keeelaass .

haa takot tak !
Ok that’s all for this post . thanks .