Friday, May 27, 2011

Siapakah Sahabat Kamu ?

Assalamualaikum

Kalau pertelingkah dalam persahabatan itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan . so . Nak mencari kawan memang senang tetapi mencari sahabat itu 1 dalam berjuta pun adakalanya belum jumpa . Di sini ada benda yang i nak kongsi , baca lah . .
  1. Jika kamu berbakti kepadanya dia akan melindungimu.
  2. Jika kamu merapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika kamumemerlukan pertolongan daripadanya berupa wangdan sebagainya. Dia akan membantumu.
  4. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  5. Jika dia memperolehi sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan cuba menutupnya.
  7. Jika kamu berdiam diri (Kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan dan masalah yang kamu alami.
  8. Jika datang sesuatu bencana yang meninpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu.
  9. Jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kata-katamuitu sekiranya kamu berada dipihak yang benar.
  10. Jika kamu merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu mengusahakan apa yang kamu rancangkan.
  11. Jika kamu berdua selisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan <3

No comments:

Post a Comment